Teman...aku tahu kau kehilangan arah, aku tahu kau menjadi pasrah dan aku tahu kau sedang tercari-cari harga diri dan aku juga tahu kau sedang cuba untuk mebongkar identitimu sendiri. Teman aku yakin kau terasa gersang dengan
pertanyaan-pertanyaan yang tak terjawap dan aku tahu kau masih keliru memburu sesuatu yang kau sendiri tidak tahu.
Kau lihat di sana...begitu banyak pohon yang tumbuh melata. Kau lihat
di situ, bagai mana bukit bukau boleh berada di tempatnya. kau lihat di
atas sana, bagaimana langit boleh tergantung
tanpa
tiangnya dan kau jenguklah sesekali bagaimana sungai itu mengalir tanpa
hentinya. Cuba kau lihat pula...bagai mana bumi dan planet-planet
beredar mengikut putarannya. Siapakah yang menguruskannya? Siapakah
yang mengerakkannya? siapakah yang menghidupkannya, siapakah yang
memacakkannya? Aku tahu teman...kau pasti ada jawapannya. Namun kenapa
kau masih keliru lagi dan teraba-raba seperti orang yang masih buta.
Jika hatimu benar-benar buta, izinkanlah aku ketuk pintu hati mu agar
dia terjaga. Andainya hatimu pekak, biarkan sahaja aku membisikkan
sesuatu agar ia terasa getarannya. Jika jiwamu kosong, izinkan aku
mengisikan sesuatu agar kau terasa kenikmatannya.
Telah aku nyatakan berulang kali kepada mu teman. Jangan sesekali kau palingkan wajahmu kebelakang kerana di situ banyak unsur-unsur ketakutan yang akan menghantui fikiranmu sedangkan ianya hanya berupa bayang. Terlalu banyak kepahitan yang kau rasakan, terlalu daifnya fikiranmu yang kontang, terlalu uzurnya pengertian ilmu yang kau capai, terlalu jahilnya erti keindahan iman yang kau gapai. Terlalu hinanya kau di hadapan Allah di atas dosa-dosa dan keengkaranmu yang lalu. Namun, itu semua tidak penting kerana Maha Pencipta selalu hampir dan lebih hampir dari urat dilehermu sendiri. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan sentiasa menerima taubat orang-orang yang benar-benar ingin bertaubat kepada-Nya, juga orang yang benar-benar ingin mengabdikan diri dan tunduk sujud kepada-Nya. Janganlah kau resah gelisah, janganlah kau ikut dan pautkan jiwamu yang kacau, janganlah kau redupkan hatimu dengan bisikan syaitan, janganlah kau terleka dengan siulan sang iblis laknatullah. Allah tidak pernah menolak taubat hamba-hamba-Nya yang meminta. Hari ini adalah kenyataan, kenyataan yang bakal kau lalui hasil kepincangan semalam. Berjalanlah ke arahku dan peganglah tanganku...mari kita harungi laluan yang berliku itu bersama-sama agar kita merasa kenikmatan dan kepahitannya.
Teman...setiap kali jika kau ingin melangkah pergi, setiap kali jika kau ingin mengucapkan `selamat jalan', setiap kali jika tangan kau ingin melambai, setiap kali jika kau ingin mengucapkan `jumpa lagi', kau perlu nyatakan kepada aku dan berjanjilah bahawa segala ucapan itu hanya untuk mencari kebersihan diri. Dengan itu, aku bisa tersenyum dan merelakan kepergian mu dangn senang hati. Jangan sesekali kau tinggalkan aku ke seorangan terkapai-kapai dalam perjuangan ini dengan janji yang tak pasti. Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melakukannya berseorangan, sehingga aku gugur sebelum masanya, syahid bukan berada di tempatnya, mati sebelum ajalnya. Kau bantulah aku....kiranya aku bisu, kau bercakaplah bagi pihak aku, kiranya aku pekak, kau tolong dengarlah untuk aku, kiranya aku pincang, kau tolonglah papah aku...sesungguhnya aku ingin mengakhiri perjalanan aku ke `Firdaus-Nya' bersama-sama dengan mu. Jika di situ bukan tempat aku....kau teruskanlah perjalananmu. Namun, jika di situ juga bukan tempat mu...aku akan memohon kepada Allah agar kau dapat berjalan seiring dengan ku. Biarlah kita jadikan Firdaus itu rumah kita untuk selama-lamanya. Teman... walau bagaimana sakit sekalipun jiwa mu ke atas kepahitan semalam, walau bagaimana pedih sekali pun kekecewaan mu ditinggalkan seseorang. Namun kau harus mengerti Nur Iman ada di sini menemanimu saban hari, mengukir senyuman dan membelai keyakinanmu yang hilang - NUR IMAN -
CATATAN DIARI NUR IMAN YANG KE 57
About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

No comments:
Post a Comment