Teman...cuba sesekali kau singkap pintu kamarmu ditengah malam dini
hari. Kau akan lihat malam yang begitu tenang. Pokok-pokok kaku tanpa
seru dari angin yang berlalu. Bulan hanya diam, hanya menyinari sinar
kelam yang menambah damai. Laut sedikit pun tak mendamparkan ombaknya
ke pantai...hanya sesekali kedengaran gigi-gigi pantai berdesir
menghiburkan halua telingga. Cuba pula
kau jenggok pula sinar pagi yang indah..surya terang akan menjengah dari
celah-celah bukau yang menghijau, angin yang sejuk mula mengejutkan
pokok yang sedang terlena diselimutkan malam. Ombak mula ketawa, laut
mula ceria. Seluruh kota mula bermandikan `hiburan' dengan gelak ketawa
kenderaan dan tarian lalu lalang. Bila malam menjengah...semuanya
pulak menjadikan kian sayu. Siang yang terang kian menjadi suram dek
lampu malam. Semua yang terbang mula hinggap semula ke sarang. Semua
yang berjalan melangkah layu kembara pulang. Bukankah semua itu hukum
alam yang telah dijadikan Tuhan. Setiap kehidupan mempunyai urusannya
tersendiri. Perjuangan hidup mesti diteruskan dan tidak ada sesiapa pun
boleh menafikannya. Walaupun isi bumi mati, walaupun isi kota derita,
walaupun isi alam sengsara namun tidak sedikit pun ditunjukinya rashia
keperitan yang dialaminya. Mereka terus bangkit dan bangun dan
menjadikan dunia dan kehidupan ini tempat yang menarik untuk diduduki
dan didiami. Mereka sedikit pun tidak mengeluh dan menyesal seperti
bumi Palastine yang saban hari tersungkur. Mereka sedikit pun tak
menanggis seperti bumi Afganistan yang kian kontang. Dan...mereka
sedikit pun tidak gentar seperti bumi Iraq yang saban hari bermandi
dengan darah merah. Malah...mereka bertambah kuat, menjadikan
penderitaan dan penindasan sebagai satu hikmah untuk terus bangkit dan
bangun supaya menjadi lebih kuat dan gagah. Mereka tahu dan mereka
yakin tiada siapa yang dapat membantu mereka untuk membebaskan diri
mereka dari penderitaan mereka melainkan jihad mereka sendiri untuk
membebaskan diri mereka dari kesengsaraan itu. Teman...itulah erti
perjuangan yang sebenar..
Teman..musuh yang paling ampuh dan bahaya bukanlah musuh yang berada di medan perang tetapi ianya berada di dalam diri kita sendiri. menjadikan hati dan perasaan sebagai markas paling utama. Berkubu kuat dan menjadikan nafsu sebagai pakar serangan `psaikologi' dan benteng ampuhnya. Kita kan tewas sebelum berperang, kita akan lumpuh selepas diserang dan akhirnya perjuangan kita hanya sia-sia...tewas sebelum waktunya, mati sebelum juangnya. Teman...bangkitlah, jangan kau tidur terlalu lama, jangan kau kesali apa yang berlaku kepada kau kerana ia seolah-olah mempertikaikan hak Allah untuk mengujimu. Hidup ini memang penuh warna dan jika kau diberi kebahagian sepanjang masa, kau akan lupa pada-Nya. Jika kau diberi ujian sepanjang masa itu menandakan Allah mencintaimu sebagai mana ia mengingatkan Nabi Junjungan kita Muhamad S.A.W.
`Dimulai dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang'
Demi waktu Duha. Demi malam apabila sunyi sepi. Tuhanmu (wahai Muhamad) tidak meninggalkanmu dan tidak benci (kepadamu sebagaimana yg dituduh oleh kaum musyrik). Sesungguhnya kesudahan keadaanmu (akhirat) adalah lebih baik bagimu daripada permulaan (dunia). Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan kebahagiaan di dunia dan akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan engkau perlindungan? Dan dia mendapati engkau tercari-cari (jalan kebenaran), lalu Dia memberikan hidayah (dengan wahyu - Al Quran). Dan Dia mendapati engkau kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. (QS Al Duha : 1 - 8)
Teman..Yang Maha Pencipta tahu ke atas segala urusan-Nya. Janganlah bersedih lagi. Apa yang berlaku sudah menjadi suratan-Nya..tertulis dengan rapi di dalam kitab-Nya. Janganlah bersedih kerana kita juga tidak tahu apa yang tertulis untuk kita...kita ini hanyalah pelakon-pelakon yang hanya tahu membenarkan arahan-arahan-Nya. Menghafal `skrip-skrip' yang ditulis, melakonkan `watak-watak' yang diminta agar kita menjadi pelakon ternama di dunia dan di akhirat.
Teman..Ingatlah..Nabi Ayub A.S pernah diuji lebih berat darimu. Dari sorang hartawan dia menjadi miskin tak berharta. Dari mempunyai anak yang ramai, semuanya telah diambil yang Maha Kuasa, dari badan yang sihat Nabi Ayub menderita sakit tak terhingga..namun, Nabi Ayub tetap reda kerana dia tahu Allah telah mengaturkan yang terbaik untuk dia iaitu seorang isteri (Rahmah) yang taat dan patuh kepadanya. Bersabarlah teman...biarkan Allah mengaturkan urusan-Nya. Kita sebagai makhluk hanya berdoa dan berusaha memohon agar apa yang diuruskan oleh-Nya dapat membahagiakan kita....wallahualam..
TEMAN...SENYUMLAH...biarka
- NUR IMAN - Buat teman yang sedang berduka
No comments:
Post a Comment