Friday 17 August 2012

JODOH : BERUSAHA, TAWAKAL DAN DOA

JODOH: Jodoh itu urusan-Nya...betul?. Kita hanya mampu merancang, Allah yg menentukan. Namun sekiranya kita ingin memilih seorang calon isteri/suami, di tempat sebagaimana ia berada atau sebagaimana yang kita inginkan, sesuatu mesti dilakukan. Bayangkan seandainya kita berjumpa dengan calon suami/isteri kita di tempat majlis-majlis ilmu dan masjid...bagaimankah agak-agak kecenderungan akhlaknya . Dan, bagaimana pula kalau kita berjumpa dengan mereka di tempat karoke, disko, kaki clubbing dan sebagainya...rasa2 nya bagaimana pula akhlaknya. Walaupun ia bukan pengukur namun kita dapat meminimakan risiko kemudaratan.  Pernahkah anda (jika kita "kaki solat") ber `dating' dan sampai waktu untuk bersolat, adakah si dia mencadangakan agar "kunjungan" perlu dilakukan ke surau atau masjid ... Ketika ditanya apakah ciri-ciri suami/isteri idaman.  Pasti salah satu jawapannya ialah mereka yang boleh membimbing kita ke jalan yang benar dan mereka mesti beriman.  Bagaimana nak cari pasangan yang dikatakan idaman itu? Sedangkan apa yang diidamkan tidak sama seperti apa yang dicari.... (boleh menjadi pembimbing diri dan anak2, isteri/suami yg soleh/ah, berakhlak mulia dan sbg.)  Akhirnya bila penyatuan dalam perkahwinan telah berlaku... segala-galanya hanyut..

~Nur Iman~



About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact
 

No comments:

Post a Comment