Tuesday 2 October 2012

MUSAFIR TERBUANG

Mengapa harus menganas, mengapa harus menbuas..adakah si camar mengejekmu, adakah si angin membencimu, adakah si mentari membakarmu...kalau tidak kenapa ombak harus mengganas. Tidakkah kau kasihan pada sang pantai, yang tidak tahu menahu dan menjadi mangsa pukulan ombaknya. Berulang kali diberitahu, jika kau sudah ketemu angin yang mendayu sebagai sahabatmu...beritahulah kepada sekian alam bahawa kau sedang memujanya. Janganlah kau melepaskan amarah kau pada bumi kerana ia tidak mempunyai dosa yang melata dan janganlah kau buat derhaka pada sang laut yang telah banyak memberi jasa. Mereka bisa mengerti perasaanmu yang sering kacau dek pelabagai pekara. Jika kau marah kepada aku, aku bisa memahaminya. Akan tetapi jika kau marah pada sang petir kerana halilintarnya, janganlah kau membaca mentera memohon agar hujan tidak turun berkala. Bukankan perasaan marah itu boleh dibendung dengan zikirullah dan beristifar. Bukankah nafsu itu boleh dilemahkan dek dengan membasahkan anggotamu dengan air wuduk dan solat yang tenang.

Aku tidak dapat menzahirkan apa yang lahir , aku tidak dapat memahami apa yang tersirat dan aku mungkin alpa terhadap apa yang terlukis di dalam hatimu. Fahamilah bahawa aku tidak pernah memaksa dan menyeksa malah aku ingin melihat kebahagian manusia melebihi kebahagian aku sendiri. Jika ditakdirkan `kehadiran' musafir ini merupakan satu beban di dalam catatan sejarah hidupmu, kau simpangkanlah dan palingkanlah mukamu agar tidak dapat melihatnya. namun aku pasti wangiannya berada di merata-rata agar dapat kau hidu baunya, agar kau dapat cium wangiannya. Maka ketika itu kehadirannya dapat kau rasakan dan kepergiannya amat kau rindukan. Kau tidak dapat lari dari kenyataan bahawa musafir juga mempunyai perasaan. Dia juga seperti manusia lain yang mempunyai hati yang mudah menyentuh dan disentuh. Musafir juga terkadang sesat haluan mencari padoman, kerana ilmunya masih secubit cuma dan tidak sebesar setitis embun pun. Akan tetapi jiwanya halus, kasihnya tenang. Keikhlasannya tidak boleh didagang, kesuciannya tidak boleh disental. Ia akan tetap kekal sebagai manusia yang ingin mencari jalan pulang.

Berterus teranglah agar musafir tidak terkilan. Jangan biarkan musafir teraba-raba mencari jalan pulang. Maafkan aku sekiranya persingahan aku sebagai musafir membawa bencana dalam hidup kalian. Biarlah aku teruskan kembara ku ke destinasi seterusnya...pasti aku temui sesuatu yang berharga di sana.  Sesungguhnya kau pasti akan menyusuri kembaraku setelah kau tidak lagi melihat kebahagiaan dalam hidup mu sendiri.

- Nukilan rasa NUR IMAN -

MENCARI JALAN PULANG

Sebelum aku tinggalkan perhentian ini, aku ingin meninggalkan sesuatu sebagai tanda kasihku. Sesuatu yang akan kau kenang bahawa aku pernah singgah di sini. Ingin aku tinggalkan notaku sebagai teman tidurmu agar kau mengerti bahawa inilah cebisan coretan yang mengejutkanmu dari lena yang panjang, supaya kau tidak terus-terusan menyeksa hidupmu dengan satu penderitaan yang tak berkesudahan. Aku pasrah ketentuan Tuhan bahawa aku ini hanyalah pengembara yang membawa utusan demi kebaikan dan bukan kerosakan seperti yang diprasangkakan oleh Malaikat kepada Adam ketika diutuskan menjadi khalifah di muka bumi ini. Aku pasti Kau sudah mendapat kembali kekuatan yang kau cari selama ini dan kau telah temui jalan pulangmu sendiri. Kau bangkit dari kegagalan walaupun aku tahu kau masih keliru dengan perasaan. Kau masih menagih harapan dan kau masih menagih kasihnya seseorang namun kau perlu ingat kealpaan kau akan membawa keperitaan yang lebih berpanjangan. Aku mengerti dan aku faham bahawa aku gagal memimpin tangan yang mengapai. Ketika aku ingin mencapai memberi pertolongan, tangan halusmu `memelukku serta merangkulku' sehingga aku lupa tujuan sebenar ku menghulurkan tangan. Aku lemas dan aku longlai kerana wajahmu sekali lagi mengimbau `cintaku' yang telah pergi. Jangan kau bersedih dan jangan kau menanggis, aku tidak kemana-mana, aku hanya ingin meneruskan pengembaraanku. Seandainya kau gagal lagi...kau tataplah notaku ini. Mungkin ia bisa menjadi pengubat rindu pada si pengembara sepi, yang mencari perhentian baru bagi menyelongkar rashia alam, memahami ciptaan Tuhan. Mungkin di sana ada insan lain yang masih memerlukan bantuan untuk mencari damai...mencari jalan pulang.

Aku menyayangimu ikhlas dari sudut hatiku kerana sesungguhnya wajahmu dan sifatmu persis seperti `cinta' yang pernah menambat hatiku. Namun... aku terlupa siapa diriku sebenarnya..pengembara yang tidak mempunyai apa-apa selain dari `jiwa lama' dan cerita lama yang telah dimamah usia. Sebenarnya aku pun keliru...dalam pengembaraan ini apa yang aku cari. Jika aku tidak menemui penghujungnya pasti akan aku pulang ke pangkalnya, agar aku tidak terus-terusan sesat dalam pencarian ini. Janganlah gusar dan janganlah pilu...aku tidak akan meratapi apa yang telah berlaku. Jangan kau jadikan aku beban untuk kau mencari kebebasan, jangan kau jadikan aku sebagai alasan untuk kau tidak mengecapi kebahagian. pergilah...aku rela lepaskan kau...aku sedikitpun tak akan menanggis kerana aku singgah hanya sebentar cuma. Di persinggahan ini juga pun aku tidak lama...aku cuma terpaku sejak pertama kali bertemu...tentang `cinta' yang ada dihadapanku...mengimbas kenangan lalu di mula pengembaraanku. Terbanglah...bebaskan dirimu dari belenggu penderitaan ini kerana aku tahu kau sudah lama terseksa dengan hidupmu.

Aku sudah menemui jalan pulangku...telah aku tinggalkan nota itu sebagai peringatan apabila kau merindui aku. Percayalah aku tidak ke mana-mana, aku masih ada di sini. Jika kau perlukan aku...aku juga bisa menunggu...jika kau merindui aku..aku kan menghantar nota yang baru. Namun, jika kau tidak memintanya...episod seterusnya akan ku tulis dengan warkah-warkah bercerita tentang alam, bercerita tentang sang camar. Satu nukilanku yang tak pernah aku jemu adalah bercerita tentang kebesaran Tuhan yang sudah tentu membawaku ke sana suatu ketika nanti. Sayangilah aku seperti mana kau menyayangi kedua ibubapamu..bahawa antara kau dan aku sebenarnya tiada banyak berbeza...sesungguhnya ada tempat `kekal' akan menunggu kita. carilah damai yang hakiki itu..keredaan dari yang Maha Kuasa dari mencari cinta sesama manusia yang belum pasti bahagia.

Akan ku pimpin tangan kau seperti adikku, akan kucium kau seperti anakku, akan ku peluk kau seperti isteriku, akan ku jaga kau seperti ibuku.

-NUR IMAN- Mencari jalan pulang

Thursday 27 September 2012

BINGKISAN TERAKHIR DARI SEORANG PENGEMBARA

Pemergianku tak pernah dihalang dan kehadiranku tak pernah dilambai. Aku hanyalah seorang pengembara....aku mengembara dari suatu tempat ke suatu tempat untuk mencari jawapan, jawapan satu persoalan yang hilang. Terkadang aku menemuinya tapi jawapannya suram, terkadang pula aku sesat di dalamnya namun Allah memberi petunjuk bahawa jawapannya hampir terungkai. Aku seorang pengembara..sampai di suatu tempat aku berhenti, mencari rumah Allah untuk berteduh, mencari seruan azan untuk `berlabuh'...mendekatkan diri kepada Maha Pencipta agar diri ini tidak terasa terhina, oleh kedangkalan serta kebodohan yang membuatkan dirinya alpa.

Teman...Sewaktu aku sampai kau mengelamun keseorangan. Aku menyapa dan kau menjawap. Kau kata "kemarin cukup indah untuk dikenang", kau kata "kemarin cukap membahagiakan untuk dibayang" dan kau kata "kemarin sesuatu yang cukup manis untuk ditinggalkan". Semuanya kau peluk kemas-kemas agar ia tak terurai, dibiarkan ia tersusun rapi di atas para yang sepadan. Memori itu cukup indah apatah lagi ia melibatkan perjalanan hidup remajamu. Namun semalam kenapa kau menanggis..kenapa kau bersedih, kenapa kau termenung dan
semalam juga kau meratapi sebuah kenangan indah yang hilang dalam keperitan. Di manakah senyuman manismu ketika kau bercerita tentang kemarin, di manakah ceria wajahmu ketika kau bercerita tentang keagungan `cinta' mu di hari kemarin. Wajahmu tak pernah lekang dari kuntum senyum bila bercerita tentang `cinta' mu. Tapi kini wajahmu penuh dengan ketakutan, wajahmu penuh dengan kebencian, wajahmu penuh dengan keperitan. Duniamu kelam, jiwamu suram, alammu malap, hatimu gelap..kau terapung-apung dalam delima. Roh mu tercari-cari tentang keadilan..kau keliru dan kau sendiri tak tahu apa yang kau cari dalam hidup ini.

Hari ini...terdapat sedikit sinar...aku tak tahu dari mana puncanya. Mungkin dari `jampi' si pengembara yang baru nak belajar membaca mentera atau....munngkin dari `pengembara lain' yang sama-sama menjengah muka..memberi `tazkirah' yang lebih bermakna. Mungkin ilmuku tak cukup `power' (...hahaha...) namun tak apa asalkan matlamatnya sama iaitu membuat teman bahagia..Aku hanyalah seorang pengembara...Bahagiaku apabila melihat orang lain bahagia..Deritaku apabila melihat orang lain derita..


Teman...tugasku hampir selesai...mungkin aku tak diperlukan di sini lagi. Aku akan mengembara dan terus mengembara sampai ke satu destinasi yang pasti. Bumi Allah ini amat luas untuk diterokai. Masih banyak lagi erti kehidupan yang belum dirungkai, masih banyak lagi warna-warna kehidupan alam yang masih belum difaham. Aku cuba untuk memahami itu...andaikata kau boleh berjalan sendiri aku tumpang berbangga kerana sekurang-kurangnya tongkat yang aku beri telah kau gunakan ketika sebelah kakimu masih lemah untuk berjalan..kau simpanlah tongkat itu kerana kembaraku tidak memerlukannya. Aku masih mempunyai bekalan yang mencukupi sehingga aku bertemu Penciptaku..damailah kau di sana.


`Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang' 
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesannya yang tersebut akan tergerak hati mereka untuk memahaminya, atau ada telingga yang dengannyamereka dapat mendengar. (Tetapi kalau dengan mengembara pun mereka tidak juga berguna) maka keadaanya sebenarnya bukan mata kepala yang buta,
tetapi yang buta itu adalah mata hati yang ada di dalam dada. (QS Al Hajj : 46)

- NUR IMAN - Buat teman yg sudah kembali ceria..alhamdullilah

BINGKISAN SELANJUTNYA BUAT TEMAN

Teman...cuba sesekali kau singkap pintu kamarmu ditengah malam dini hari. Kau akan lihat malam yang begitu tenang. Pokok-pokok kaku tanpa seru dari angin yang berlalu. Bulan hanya diam, hanya menyinari sinar kelam yang menambah damai. Laut sedikit pun tak mendamparkan ombaknya ke pantai...hanya sesekali kedengaran gigi-gigi pantai berdesir menghiburkan halua telingga. Cuba pula kau jenggok pula sinar pagi yang indah..surya terang akan menjengah dari celah-celah bukau yang menghijau, angin yang sejuk mula mengejutkan pokok yang sedang terlena diselimutkan malam. Ombak mula ketawa, laut mula ceria. Seluruh kota mula bermandikan `hiburan' dengan gelak ketawa kenderaan dan tarian lalu lalang. Bila malam menjengah...semuanya pulak menjadikan kian sayu. Siang yang terang kian menjadi suram dek lampu malam. Semua yang terbang mula hinggap semula ke sarang. Semua yang berjalan melangkah layu kembara pulang. Bukankah semua itu hukum alam yang telah dijadikan Tuhan. Setiap kehidupan mempunyai urusannya tersendiri. Perjuangan hidup mesti diteruskan dan tidak ada sesiapa pun boleh menafikannya. Walaupun isi bumi mati, walaupun isi kota derita, walaupun isi alam sengsara namun tidak sedikit pun ditunjukinya rashia keperitan yang dialaminya. Mereka terus bangkit dan bangun dan menjadikan dunia dan kehidupan ini tempat yang menarik untuk diduduki dan didiami. Mereka sedikit pun tidak mengeluh dan menyesal seperti bumi Palastine yang saban hari tersungkur. Mereka sedikit pun tak menanggis seperti bumi Afganistan yang kian kontang. Dan...mereka sedikit pun tidak gentar seperti bumi Iraq yang saban hari bermandi dengan darah merah. Malah...mereka bertambah kuat, menjadikan penderitaan dan penindasan sebagai satu hikmah untuk terus bangkit dan bangun supaya menjadi lebih kuat dan gagah. Mereka tahu dan mereka yakin tiada siapa yang dapat membantu mereka untuk membebaskan diri mereka dari penderitaan mereka melainkan jihad mereka sendiri untuk membebaskan diri mereka dari kesengsaraan itu. Teman...itulah erti perjuangan yang sebenar..

Teman..musuh yang paling ampuh dan bahaya bukanlah musuh yang berada di medan perang tetapi ianya berada di dalam diri kita sendiri. menjadikan hati dan perasaan sebagai markas paling utama. Berkubu kuat dan menjadikan nafsu sebagai pakar serangan `psaikologi' dan benteng ampuhnya. Kita kan tewas sebelum berperang, kita akan lumpuh selepas diserang dan akhirnya perjuangan kita hanya sia-sia...tewas sebelum waktunya, mati sebelum juangnya. Teman...bangkitlah, jangan kau tidur terlalu lama, jangan kau kesali apa yang berlaku kepada kau kerana ia seolah-olah mempertikaikan hak Allah untuk mengujimu. Hidup ini memang penuh warna dan jika kau diberi kebahagian sepanjang masa, kau akan lupa pada-Nya. Jika kau diberi ujian sepanjang masa itu menandakan Allah mencintaimu sebagai mana ia mengingatkan Nabi Junjungan kita Muhamad S.A.W.

`Dimulai dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang'
Demi waktu Duha. Demi malam apabila sunyi sepi. Tuhanmu (wahai Muhamad) tidak meninggalkanmu dan tidak benci (kepadamu sebagaimana yg dituduh oleh kaum musyrik). Sesungguhnya kesudahan keadaanmu (akhirat) adalah lebih baik bagimu daripada permulaan (dunia). Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan kebahagiaan di dunia dan akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan engkau perlindungan? Dan dia mendapati engkau tercari-cari (jalan kebenaran), lalu Dia memberikan hidayah (dengan wahyu - Al Quran). Dan Dia mendapati engkau kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. (QS Al Duha : 1 - 8)

Teman..Yang Maha Pencipta tahu ke atas segala urusan-Nya. Janganlah bersedih lagi. Apa yang berlaku sudah menjadi suratan-Nya..tertulis dengan rapi di dalam kitab-Nya. Janganlah bersedih kerana kita juga tidak tahu apa yang tertulis untuk kita...kita ini hanyalah pelakon-pelakon yang hanya tahu membenarkan arahan-arahan-Nya. Menghafal `skrip-skrip' yang ditulis, melakonkan `watak-watak' yang diminta agar kita menjadi pelakon ternama di dunia dan di akhirat.

Teman..Ingatlah..Nabi Ayub A.S pernah diuji lebih berat darimu. Dari sorang hartawan dia menjadi miskin tak berharta. Dari mempunyai anak yang ramai, semuanya telah diambil yang Maha Kuasa, dari badan yang sihat Nabi Ayub menderita sakit tak terhingga..namun, Nabi Ayub tetap reda kerana dia tahu Allah telah mengaturkan yang terbaik untuk dia iaitu seorang isteri (Rahmah) yang taat dan patuh kepadanya. Bersabarlah teman...biarkan Allah mengaturkan urusan-Nya. Kita sebagai makhluk hanya berdoa dan berusaha memohon agar apa yang diuruskan oleh-Nya dapat membahagiakan kita....wallahualam..

TEMAN...SENYUMLAH...biarka n sinar itu terus masuk ke dalam damaimu, biarkan sinar itu terus menyerap dalam jiwamu, biarkan damai itu terus pasrah memelukmu.

- NUR IMAN - Buat teman yang sedang berduka

Thursday 13 September 2012

"WARKAH SUSULAN BUAT TEMAN"

Teman...telah aku susuri riwayat hidupmu, telah aku galuri kisah silammu..hidupmu penuh dengan ranjau, hidup mu penuh dengan sasau. Kau palitkan setiap episodmu dengan nada yang berbeza. Plot cerita yang amat menarik untuk diteroka, satu paparan yang amat tragis untuk dibaca. Kisah kebahagiaan yang dikecapi sebentar cuma, kisah cinta kepura-puraan yang hadir dari lelaki durjana. Namun..kisah itu membuat aku tertanya-tanya tentang `kebodohan' si jelita yang sanggup menghambakan cintanya walaupun dia tahu penipuan demi penipuan telah dilakukan oleh manusia yang bergelar hipokrit. Akhirnya plot cerita sudah dijangka jalan penghujungnya...Si Jelita terkandas dalam pemburuannya. Bukan mati syahid dalam `fisabillilah'nya tapi kecundang dengan keegoaan sifat Si Hipokrit yang sentiasa mengambil kesempatan dari `kedaifan' sifat wanita.

Teman..telah diperingatkan berulang kali, jika kau inginkan kebahagian...kau pasti akan mendapatkannya. Dengarkanlah bisikan hatimu dan kau sendiri akan bisa menjawapnya tentang siapakah `Si Teman' yang bisa membawamu belayar menuju ke destinasinya. Seorang khalifah yang sentiasa sujud kepada-Nya, seorang pengembara yang tahu tujuannya, seorang yang dapat memberi kasih sayangnya seperti Muhamad ya Rasullulah memberi kasihnya kepada isteri-isterinya Khadijah binti Khuwailid r.a., Saudah binti Zum'ah r.a., Aisyah binti Abu Bakar r.a., Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a., Zainab bin Jahsyin r.a., Zainab binti Khuzaimah r.a., Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a., Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a., Juwairiyah binti Al-Harith r.a., Maimunah binti Al-Harith, Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a. dan Mariyah Al-Qibtiyah. Jangan kau dengar sedikit pun gendang yang di palu oleh sang syaitan, yang mendorongmu untuk mendengar janjinya serta menjadikan kau terkongkong dan terpenjara. Jika kau benar-benar ingin bebas...kau jadikanlah dirimu sebagai dirimu seperti mana Rahmah isteri Nabi Ayub yang cukup kuat dan tabah. Setianya hanya kepada `kekasih' nya yang dapat menjanjikan erti kebahagian di dunia dan akhirat. Pengorbanannya bertempat, kesetiaannya beradat...tidak sesekali pun ia mengadaikan maruah kebahagiannya dengan ujian-ujian kepahitan dan keperitan yang cukup kuat yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Teman...`Khalifah' yang kau cari telah tertulis dengan `tinta' keramat-Nya. Sejenis makhluk ciptaan-Nya yang tak pernah berbohong. Pasti akan hadir jua dalam dirimu . Hanya kau sahaja yang tahu apa yang kau cari...hanya kau sahaja yang tahu siapa yang kau sayang dan siapa jua yang kau benci di atas muka bumi ini. Jangan kau salahkan takdir andainya kau kecewa kerana ia sudah suratan yang tertulis untuk mu bagi mengimbangi hikmah yang bakal kau dapt hasil pemberian-Nya. Jangan pula kau cepat lupa dan lalai ke atas nikmat yang diberikan oleh-Nya kerana ia akan lebih menjadikan kau sebagai orang-orang yang rugi dan tidak bersyukur. Allah telah berjanji dalam surah Al-Syarh (Lapang Dada), Firman-Nya: `Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran diserta kemudahan (nikmat dan hikmah). Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan HANYA KEPADA TUHANMU SAHAJALAH, HENDAKNYA ENGKAU BERHARAP. (QS Al-Syarh : 6 - 8)

Teman...senyumlah dan bergembiralah, sesungguhnya `Nur' (cahaya) Nya tetap berada di atas umbun-umbun kepalamu. Jangan sesekali kau tanggisi apa yang berlaku kerana ia akan menambah keperitan dalam jiwamu. Kau bukalah pintu di hadapanmu...pasti di situ ada sesuatu janji kehidupan yang lebih berharga untukmu di dunia dan akhirat. Bukalah `naskah' Al Kareem...pasti kau akan temui rashia keabadian dalam pemburuanmu seterusnya. Jika kau melihat pelangi...jangan kau lihat pada warnanya kerana ia akan hilang bila mentari tiba, kau lihatlah pada garis-garis kehidupannya kerana tanpanya pelangi tak akan nampak ceria dan ia akan terkubur tanpa tanda.

- NUR IMAN - ...episod jangan bersedih

Monday 10 September 2012

KEMBARA MENCARI CINTA

Bercerita tentang laut...aku dah tahu tentang ombaknya. Bercerita tentang bulan...aku dah tahu sinar terangnya..bercerita tentang matahari, aku dah tahu tentang teriknya. Bercerita tentang gunung, aku dah tahu tentang tingginya. Bercerita tentang angin, aku dah tahu bisikan desirannya. Bercerita tentang awan, aku dah tahu tentang gumpalannya. Bercerita tentang manusia...aku pasrah dan tak karuan tentangnya dan gagal membaca isi hatinya. Bukankah semua itu ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Hati manusia bisa tenang setenang-tenangnya, mendesir, mengalun, membuai dan melambai.  Namun, sesekali bagai ombak mendampar ke pantai, memulas, menghempas, membadai, menerjah dan sebagainya. Hati manusia juga bisa gelora..bagai ombak menerjah ke dermaga, ributnya sukar untuk diduga, amarahnya sukar utuk dijaga. Hatinya bisa panas, lebih panas matahari ditengah umbun-umbun kepala. Hati manusia juga bisa sedih, bagai berlalunya senja menyambut malam yang gelita. Ya betul...setiap makhluk memerlukan teman. Malam memerlukan bulan sebagai pendamping damai, siang memerlukan matahari sebagai nikmat warna kehidupan, gerimis memerlukan pelanggi sebagai lambang ketenangan dan sejuk mata memandang. Manusia memerlukan teman sebagai pendamping dan pelengkap kebahagian.

Wahai insan yang sedang bersedih dan berduka..pintu hatimu sebenarnya telah terluka. Hadirkanlah seseorang di dalam hidupmu yang dapat memberi sedikit keceriaan dan bimbingan. Mengejar sesuatu kebahagian serta nikmat yang telah dihadiahkan oleh Tuhan kepada kamu. Janganlah kau hampiri mereka yang hanya tahu `meratah' kasihmu tanpa membimbingmu, melukaimu tanpa mengubatimu, menyakitimu tanpa memberi penawar kepadamu. Jiwamu akan bertambah terluka, sakitmu akan bertambah parah...maka kau akan bakal tersadai dan terbuang tapa arah. Lebih miskin dari pengemis tua, lebih kotor dari pesakit jiwa. Dalam sakit, kau perlukan teman, dalam kecewa kau perlukan sokongan...agar kau tak terus-terusan sesat dalam kegelapan. Carilah pembawa obor ketika kau berjalan malam, carilah si celek ketika kau berjalan siang, kerana mereka inilah yang akan membawa kau ke tempat yang terang. Jangan sesekali kau hampiri mereka yang duduk di tepi jalan, berjanji akan memberi kekayaan kepada mu sedangkan dua puluh empat jam mereka duduk memegang sebijik tempurung sambil meminta-minta kepada mereka yang lalu lalang. Jangan pula kau hampiri pula si mentah yang menjaja cintanya pada kau, sedangkan dirinya telah lama tak terurus dan menjadikan semua wanita sebagai barang `mainan'nya. Diusung ke sana ke sini dan dipamirkan sebagai barang perhiasan bila diperlukan. Apabila mendapat yang baru, diri kau habis selayaknya dijadikan sebagai lapik kaki yang perlu dipijak-pijak dan ditenyeh-tenyeh. Carilah pendampingmu yang dapat menjagamu dan membimbingmu ke jalan yang benar. Memimpinmu serta mengapaimu agar tidak terkapai-kapai lemas di lautan, memberi sinar ketika kau benar-benar di dalam kegelapan. Kehidupan yang sebenar bukan di sini (Ketika bercinta), realiti kehidupan hanya betah bila kau halal untuk "diratah".  Menafikan kebenaran (jika tidak diselidik betul-betul) ketika bercinta hanya membawa kabar yang tidak baik ketika kau bersama (berkahwin), indahnya cinta ketika diperam (berkawan),  wangi dan harumnya hanya sementara jika tidak dikupas kulitnya.  Bila dipotong rupa-rupanya busuk isinya, berulat di dalamnya... ianya ilusi dan yang realitinya tetap di sana.

Wahai insan yang sedang bersedih dan berduka...bila kau bertemu seseorang insan yang bisa mendebarkan jantung dan hatimu, cintamu sebenarnya sudah bersatu. Namun..pancainderamu belum cukup tajam untuk membaca maksud cintamu itu.. Percayalah dengan dirimu sendiri dan apa yang kau putuskan. Cabaran tetap ada, halangan pasti menjelma...itulah yang menariknya tentang sebuah plot `cinta'. Jadilah manusia yang duduk di alam nyata, jangan kau biarkan orang lain tertanya-tanya...kerana bertemunya Adam dan Hawa, sejarah manusia bisa terukir dan terjadilah sejarah `cinta' pertama dalam tamadun manusia. Bila kau bertemu dengan orang yang kau suka...itulah ketentuan-Nya. Jangan sesekali kau kesalkan...Dia (Allah) pasti tahu apa yang terbaik untukmu. Lihatlah dari kaca mata hatimu bukan dari kaca mata luarmu. Hanya kau sahaja yang mengerti apa yang kau inginkan, hanya kau sahaja yang tahu isi hatimu...sesungguhnya Allah maha Mengetahui apa yang dibisikan oleh hati kecilmu. Berdoalah dan berusahalah, sesungguhnya Allah mendengar serta mengabulkan doa orang-orang yang meminta.  Bertanya kabarlah pada hatimu, apa yang kau inginkan sebenarnya dan pasangan yang macam manakah yang kau idamkan realitinya.  Buatlah acuan yang baik sebelum kau mendapat hasilnya yang pasti baik juga.  Sesungguhnya syaitan sentiasa membisikkan ketelinggamu ketika ini agar menerima siapa sahaja siapa yang dibisikkan olehnya.  Tentu dia juga yang memaut hatimu dan pasangan mu agar sama-sama lupa akan Dia....wallahualam...

NUR IMAN

Thursday 6 September 2012

`BICARA PENGEMIS CINTA’

Salahkah aku mencintai laut?, kalau tidak salah…mengapa ombak menghempaskan aku ke pantai?. Salahkah aku memuji ombak..? kalau tidak salah..mengapa sang camar mengejek aku lalu memalingkan mukanya dengan berkata `manusia yang tak sedar diri’. Hatiku milik-Nya, jiwa ku ciptaan-Nya. Segala naluriku adalah tiupan bisikan roh yang telah direncanakan oleh-Nya. Aku tak mampu menolak dan aku tak mampu menghalang…apa tah lagi melemparkannya jauh-jauh agar ia tidak menghambatku lagi. Aku hanya manusia dan jangan salahkan aku sesekali di atas perasaan ini. Aku tidak pernah meminta agar `dia’ hadir dalam hidupku, aku juga tidak pernah meminta agar hati ini dapat menyayanginya…entah mengapa dan kenapa…entah di mana dan bagaimana…entah apa silapnya…segala-gala sudah ketentuan-Nya. Tetiba perasaan ini dapat merasai satu nikmat kasih sayang pemberian-Nya, menyayangi dan ingin disayangi. Yang Maha kuasa yang memiliki segala-galanya…Dia tahu apa yang dibisikan dihati kita. Ya Rahman Ya Rahim..Kau telah menguji ku dengan dugaan yang amat sukar untuk aku hadapi, Kau hanya kurniakan aku satu ujian yang amat kecil jika dibandingkan ujian yang kau berikan kepada kekasih-Mu Nabi Ayub…namun aku benar2 tidak dapat menghadapinya sebagaimana Ayub A.S menanggungnya.

Ya Allah…sesungguhnya hamba-Mu dapat merasai serta memahami bahawa se nya perjalanan serta pengembaraan perasaan ini tidak akan sampai ke penghujungnya. Biarlah `sayang’ nya datang sekejap cuma bagai merangkul kasih ayah kepada anaknya, bagaikan mendakap abang kepada adiknya, bagai belaian ibu kepada bayinya…bagai kucupan `kekasih’ yang tak dapat mengapai tangannya..aku pasrah, diri ini sudah jauh meninggalkan zamannya….hanya yang tinggal bait-bait cinta muda yang sudah lama terbiar di kamar yang terbiar..aku memang tak layak untuk menyayangi’ dia. Biarlah…aku lebih selesa begini , membiarkan kasih sayang aku merayau sendiri. Mencari kasihnya kepada yang dia suka, mencari cintanya kepada yang dia rindu. Jika apa yang sudah tertulis menjadi suratan..aku rela menjadi pokok yang melindungi dahan, menjadi mentari yang memberi sinar,menjadi bumi sebagai hamparan sebagai bakti memberi kebahagian kepada mereka yang memerlukan.  Namun, jangan salahkan aku bila ada cinta yang merayap datang kerana cinta yang ada terbiar melata bagai tak bertuan.


NUR IMAN..catatan dari manusia yang bergelut dengan perasaan

About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

Wednesday 5 September 2012

~TEMAN SEJATI~

Teman...aku tahu kau kehilangan arah, aku tahu kau menjadi pasrah dan aku tahu kau sedang tercari-cari harga diri dan aku juga tahu kau sedang cuba untuk mebongkar identitimu sendiri.  Teman  aku yakin kau terasa gersang dengan pertanyaan-pertanyaan yang tak terjawap dan aku tahu kau masih keliru memburu sesuatu yang kau sendiri tidak tahu. Kau lihat di sana...begitu banyak pohon yang tumbuh melata. Kau lihat di situ, bagai mana bukit bukau boleh berada di tempatnya. kau lihat di atas sana, bagaimana langit boleh tergantung
tanpa tiangnya dan kau jenguklah sesekali bagaimana sungai itu mengalir tanpa hentinya. Cuba kau lihat pula...bagai mana bumi dan planet-planet beredar mengikut putarannya. Siapakah yang menguruskannya? Siapakah yang mengerakkannya? siapakah yang menghidupkannya, siapakah yang memacakkannya? Aku tahu teman...kau pasti ada jawapannya. Namun kenapa kau masih keliru lagi dan teraba-raba seperti orang yang masih buta. Jika hatimu benar-benar buta, izinkanlah aku ketuk pintu hati mu agar dia terjaga. Andainya hatimu pekak, biarkan sahaja aku membisikkan sesuatu agar ia terasa getarannya. Jika jiwamu kosong, izinkan aku mengisikan sesuatu agar kau terasa kenikmatannya.

Telah aku nyatakan berulang kali kepada mu teman. Jangan sesekali kau palingkan wajahmu kebelakang kerana di situ banyak unsur-unsur ketakutan yang akan menghantui fikiranmu sedangkan ianya hanya berupa bayang. Terlalu banyak kepahitan yang kau rasakan, terlalu daifnya  fikiranmu yang kontang, terlalu uzurnya pengertian ilmu yang kau capai,  terlalu jahilnya erti keindahan iman yang kau gapai. Terlalu hinanya kau di hadapan Allah di atas dosa-dosa dan keengkaranmu yang lalu. Namun, itu semua tidak penting kerana Maha Pencipta selalu hampir dan lebih hampir dari urat dilehermu sendiri.  Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan sentiasa menerima taubat orang-orang yang benar-benar ingin bertaubat kepada-Nya, juga orang yang benar-benar ingin mengabdikan diri dan tunduk sujud kepada-Nya. Janganlah kau resah gelisah, janganlah kau ikut dan pautkan jiwamu yang kacau, janganlah  kau redupkan hatimu dengan bisikan syaitan, janganlah kau terleka dengan siulan sang iblis laknatullah. Allah tidak pernah menolak taubat hamba-hamba-Nya yang meminta. Hari ini adalah kenyataan, kenyataan yang bakal kau lalui hasil kepincangan semalam. Berjalanlah ke arahku dan peganglah tanganku...mari kita harungi laluan yang berliku itu bersama-sama agar kita merasa kenikmatan dan kepahitannya.

Teman...setiap kali jika kau ingin melangkah pergi, setiap kali jika kau ingin mengucapkan `selamat jalan', setiap kali jika tangan kau ingin melambai, setiap kali jika kau ingin mengucapkan `jumpa lagi', kau perlu nyatakan kepada aku dan berjanjilah bahawa segala ucapan itu hanya untuk mencari kebersihan diri.  Dengan itu, aku bisa tersenyum dan merelakan kepergian mu dangn senang hati.  Jangan sesekali kau tinggalkan aku ke seorangan terkapai-kapai dalam perjuangan ini dengan janji yang tak pasti. Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melakukannya berseorangan, sehingga aku gugur sebelum masanya, syahid bukan berada di tempatnya, mati sebelum ajalnya. Kau bantulah aku....kiranya aku bisu, kau bercakaplah bagi pihak aku, kiranya aku pekak, kau tolong dengarlah untuk aku, kiranya aku pincang, kau tolonglah papah aku...sesungguhnya aku ingin mengakhiri perjalanan aku ke `Firdaus-Nya' bersama-sama dengan mu. Jika di situ bukan tempat aku....kau teruskanlah perjalananmu. Namun, jika di situ juga bukan tempat mu...aku akan memohon kepada Allah agar kau dapat berjalan seiring dengan ku.  Biarlah kita jadikan Firdaus itu rumah kita untuk selama-lamanya.  Teman... walau bagaimana sakit sekalipun jiwa mu ke atas kepahitan semalam, walau bagaimana pedih sekali pun kekecewaan mu ditinggalkan seseorang.  Namun kau harus mengerti Nur Iman ada di sini menemanimu saban hari, mengukir senyuman dan membelai keyakinanmu yang hilang - NUR IMAN -

CATATAN DIARI NUR IMAN YANG KE 57

About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

Tuesday 4 September 2012

`JIKA KEBAHAGIAAN YANG KAU CARI, KEBAHAGIANLAH YANG KAU DAPAT'

Sahabat...aku kepingin mencoret lagi. Aku tak tahu sama ada bisikan aku ini didengari atau pun tidak oleh makhluk-makhluk yang diberi akal untuk berfikir, diberi mata untuk melihat, diberi telingga untuk mendengar dan diberi hati untuk merasa. Aku tak pasti juga sama ada rintihan aku ini di sapa mahu pun tidak....aku tak peduli. Yang
pasti...aku ingin mencoret lagi. Telah lama aku memendam rasa, telah lama aku ingin menyatakan sesuatu akan kebenaran, telah lama ingin aku bisikan sesuatu ketelinggamu. Namun...aku takut, aku takut kalau-kalau kau menjengkil muka berpaling arah dan tak mahu menatap wajahku lagi. Namun aku tak peduli..kerana kau sahabatku, aku sanggup menghadapinya seperti kasihnya Rasul kepada umatnya.

Sahabat..Allah tidak akan menutup pintu seseorang itu kecuali orang itu sendiri yang membutakan hatinya dan tidak kasih akan dirinya sendiri. Setiap manusia mempunyai hak untuk mengecapi kebahagian, setiap manusia layak untuk menyatakan sesuatu, mencari sesuatu dan mendapatkan sesuatu. Kebahagian itu milik hakiki kita sebagai manusia. Derita dan sengsara tidak akan hinggap malah menjengah dalam hidup kita sekiranya kita tidak menjemputnya. Apabila kita membiarkan persekitaran mempengaruhi serta mengawal hidup kita, pastinya kita akan tersepit dalam belenggu derita. Namun sekiranya kita yang mengawal persekitaran, maka kita akan dapat mengawalnya. Jika kau tahu dengan mendekatkan diri kepada yang Maha Kuasa kau akan mendapat ketenangan, kenapa kau tunggu lagi? Bukankan `nur-Nya' (Cahaya-Nya) sentiasa terpancar keumbun-umbunmu, lalu membisikan sesuatu ke `iman' mu lalu ia berkata "Hai jiwa yang tenang, tidak kah kau tahu jiwamu milik-Ku, kembalilah kepada-KU".


Sahabat...belum terlambat untuk kau mendekatkan dirimu kepada-Nya. Aku telah mengulanginya berkali-kali bahawa dunia ini hanya fantasi, yang realitinya adalah kehidupan selepas kematian. Apa gunanya kau berfoya-foya sedangkan ianya akan mengundang lebih penderitaan dari kebahagian. Apa gunanya kau mendedahkan seinci dari aurat di tubuhmu sedangkan api neraka akan membakar keseluruhan tubuhmu. Apa guna kau mengerbangkan rambutmu sedangkan dia akan menjadi pengikat lehermu `di sana' nanti. Apa guna kau menunjukkan betis mu yang gebu jika sekiranya ia bakal menjadi daging busuk yang dimamah ulat di dalam makam mu yang gelap itu. Apa guna kau memperagakan tubuhmu yang `jelek' itu sedangkan ia keindahannya yang hanya layak ditatap oleh suamimu. Kenapa kau biarkan kecantikkan mu disantap dan dikunyah dengan `pecuma' oleh mereka yang tidak layak `membelinya' sedangkan harganya terlalu mahal dan hanya mampu dibayar oleh mereka yang layak mendapatkannya secara sah sahaja. Kau tak tahu dan kau tak mengerti sahabat...barang kali kau tak menyedari bahawa tindakanmu itu umpama `melacurkan diri' secara pecuma sedangkan bayarannya tiada.


Sahabat ...Nabi Nuh telah diberi peringatan oleh Allah S.W.T "Berilah peringatan kepada kaummu sebelum mereka diberi azab yang pedih" (QS Nuh : 1) lalu Nabi Nuh pun menyeru kepada kaumnya agar mengikut perintah Allah dan agama Tauhid (Islam). "Wahai kaumku, sesungguhnya aku ini diutuskan kepadmu, sebagai pemberi peringatan dan amaran yang nyata, Lalu kamu hendaklah menyembah Allah dan bertaqwa kepada-Nya serta taat kepadaku. Nescaya Allah akan mengampuni sebahagian daripada dosa-dosamu dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu. (Maka segeralah beribadah dan bertaqwa (meninggalkan segala larangan-larangannya)) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan Allah), apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini, lalu kamu akan segera beriman). (QS Nuh 2 - 4)


Dalam surah yang sama dari ayat 5 - 9 Nabi Nuh telah berdoa kepada Allah lalu menyatakan segala usaha telah dilakukan bagi memberi peringatan kepada kaumnya yang engkar namun kaumnya berpaling arah, menutup telingga dan terus tidak memperdulikan peringatan yang diberikan oleh nya sehinggalah kali terakhir Nabi Nuh memperingatkan "Mohonlah ampon kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dialah Maha Pengampun" (QS Nuh : 10)


Apabila peringatan itu terus tidak didengari lalu Allah telah mendatangkan musibah kepada kaumnya dengan banjir yang besar. (Teringat perist
iwa Tsunami)

"Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir besar), kemudian (pada hari akhirat) mereka di masukkan ke dalam api neraka. Maka mereka tidak akan beroleh sebarang pertolongan selain dari Allah. (QS Nuh : 25)


Sahabat, jika kau mencari kebahagian, kebahagianlah yang kau dapat. Jika kau mengundang ketenangan, maka ketenanganlah yang kau dapat. Namun jika kau suka bermain dengan sesuatu yang mungkin menjemput penderitaan dan kesengsaraan...maka ia akan datang juga. Pintu kebahagian itu sentiasa akan menjemput ketenangan dalam hidupmu sekira kau sentiasa bermanis muka dan senyum selalu. Lihatlah dengan mata hatimu sesungguhnya ia akan lebih manis dan tidak buta dalam jiwamu. Mata kasarmu bisa sahaja dikaburi dengan penipuan `silap mata' yang akhirnya membuat kau mengerti bahawa sesungguhnya keindahan yang kau nampak sebenarnya ilusi yang tidak nyata yang wujud hanya seketika. Sedangkan kebersihan jiwamu dan ketulusan hatimu merupakan kemanisan yang kekal selama-lamanya.


"Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhamad) lalu memohon ampon kepada Allah, dan Rasullulah juga memohon ampon untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani" (QS An Nisa : 64)


Sahabatku....janganlah bersedih hati kerana ada insan lain yang masih menyayangimu. Jika sekiranya mereka menjauhkan diri darimu kerana semata-mata kau ingin mencari kebahagian yang hakiki itu. Tidak mengapa...kau tersenyumlah kerana dia mencari jalan yang salah dan NUR IMAN akan sentiasa `menemani' mu sebagai teman senyummu. - NUR IMAN


CATATAN DIARI NUR IMAN YANG KE 56


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact
 

Monday 3 September 2012

KENAPA HARUS ADA PERASAAN BENCI

Sahabat... kenapakah harus ada perasaan benci? tetekala kau kesunyian kau mencari seorang teman yang dipanggil pasangan, ketika kau kesepian kau cuba mencari dia sebagai tempat untuk mencurahkan rasa kasih sayang. Kau kata " aku bahagia ketika bersamanya, dia pandai berseloka dan dia pandai berjenaka. Kata-katanya cukup membuat aku terasa tenang dan damai. Kau kata lagi "dia lah lelaki idaman, kata-katanya semua menjadi padoman, tazkirahnya membuat aku ingin terus mendekatkan diri ku kepada Tuhan. Dia lelaki sejati yang aku cari selama ini".  Sahabat... Kau selalu mengadu bahawa malam terlalu lambat berjalan sedangkan siang terlalu cepat berlalu. Saban waktu jiwa mu akan bertambah resah dan hati mu bertambah celaru jika suaranya tidak menjengah ke telingga mu. Kau buntu dan kau resah jika kau dapati orang yang kau kasihi sakit dan kau bercelaru jika kata-kata mu membuat hatinya tersentuh dan terguris lesu. Kau juga akan terasa lebih sakit jika dia sakit. Saat-saat bahagia kau lalui bersama, matahari yang panas kau kata dingin, malam yang gelap kau kata terang, hujan yang lebat kau kata renyai, makanan yang masin kau kata sedap, air yang tawar kau kata manis.

Tapi...langit tak selalu cerah, laut tak selau tenang, bumi tak selalu berbelukar. Apabila musibah datang melanda, apabila perhubungan diuji oleh-Nya, apabila jodoh sudah tersurat di dalam Loh Mahfuz-Nya (Kitab Allah), apabila ketetapan sudah ditentukan, maka segala-galanya sudah tersurat ditakdir-Nya.  Namun sahabat... kau nampak segala-galanya racun belaka sedangkan hikmahnya kau hanya nampak barang seketika.  Hakikat selama ini,  ketika ikatan kasih kau simpul mati, hikmah serta nikmatnya kau perah cukup-cukup dan musabab serta `racun' dalam perhubangan itu kau simpan rapi-rapi agar ia menutupi dosa-dosa perhubungan yang kau buat sendiri. kau lebih sayangkan si dia dari Dia (Allah) sendiri, kau ingatkan si dia dari Dia sendiri, kau lebih dengar kata-kata si dia dari `kata-kata' (Al Quran) dari Dia. Sayang kau telah berubah menjadi benci...pasangan yang kau anggap sebagai `ratu' hidup mu sudah menjadi `si dajal' yang menyakitkan hati. Kau kata "dia lah pasangan mu yang paling teruk sekali, tak berguna, hipokrit, semua kaum sejenisnya sama, semuanya tak berguna, benci...benci benci..". Apa yang kau nampak hanyalah dunia yang gelap sepi, setiap langkah yang kau atur terasa longlai tak bermaya lagi, setiap ruang hidup kau, kau rasakan ia membenci dan mengejek kau setiap hari. Kau cuba bunuh segala kenangan kau bersama si dia. Kau sepak dan kau terajang segala ketentuan yang dibuat oleh-Nya. Tiada lagi keimanan dan tiada lagi rasa keinsafan...malah kewujudan Maha Pengasih dan Maha Penyayang juga kau mula ragui. Kau mengeluh dan kau menyesal. Kau kata "Kenapa Allah menguji kau seberat ini, Ya Allah..Kau kata kau Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kau kata Kau Maha Lembut...tetapi kenapa Kau buat aku derita seperti ini". Sesungguhnya kau tak mengerti, kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang lah Dia membuat ketetapan bahawa kau tidak sesuai untuk-Nya. Kerana Dia Maha Lembut lah Dia uji kau lalu kau akan terus `berjumpa' dengan-Nya merintih dan memohon berbanding sebelum ini. Kerana Dia Maha Melihat dan Maha Mendengarlah dia sudah menentapkan sesuatu yang terbaik untuk mu.

Maha Suci Engkau, kami tidak mempunyai pengetahuan kecuali sekadar apa yang telah kau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau sahajalah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (QS Al Baqarah : 32)

Setiap pekara yang berlaku itu ada hikmahnya dan sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang telah ditentapkan-Nya. Belajarlah bersyukur dan belajarlah erti `REDA' seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Ayub A.S. Keimanan serta kegoyahan ketaqwaannya tidak sedikit pun goyah walaupun diuji dengan kehilang harta benda, anak-anak dan kesihatan dek perbuatan syaitan yang memohon kepada Allah untuk menguji keimanan Nabi Ayub.  Syaitan memohon agar dibenarkan merosakkan segala kemewahan dan kebahagian yang dipunyai oleh Nabi Ayub.  Ini bagi membuktikan kepada Allah bahawa dia (syaitan) boleh merosakkan keimanan Nabi Ayub yang dikatakan cukup beriman kepada Allah.  Allah merestui permohonan Syaitan lalu berkata "Ayub adalah hamba-Ku yang beriman penuh keimanan. Dia menyembah-Ku kerana dia menginsafi kemestian menyembah-Ku. Ibadatnya suci dari pengaruh dunia, dia juga suci dari sifat tamak. Kau boleh kumpulkan semua kawan-kawanmu. Lakukan apa yang kamu rencanakan dan perhatikanlah nanti kesudahannya". Segala apa yang dimiliki oleh Nabi Ayub musnah dek syaitan termasuk kesemua anak-anaknya mati, hartanya habis dan diri Nabi Ayub sendiri sakit sehingga kurus kering namun Nabi Ayub tetap reda dan bertaqwa dengan Allah S.W.T.  Maka sekali lagi syaitan menangisi kegagalan dan menderita di atas usahanya yang sia-sia.

SENYUMLAH sahabat, senyumlah...jangan kau sesali apa yang telah berlaku. Allah telah merencanakan sesuatu yang baik untuk mu. Teruskanlah hidup ini dengan lebih bertaqwa dan dekat dengan-Nya kerana ia adalah sebenar-benar perjalanannya. Ketika kau sakit, Allah ada, ketika kau suka Maha pencipta ada, ketika kau derita, Maha Pengasih dan Maha Penyayang ada, ketika kau pilu Maha Lembut ada, ketika kau dalam bahaya Maha Melihat dan Maha mendengar ada, ketika kau terasa gelap...Al Nur akan sentiasa memberi pertunjuk dan memberi jalan. Apa sahaja yang kau perlukan sudah pasti akan dikabulkan oleh Al Shamad Yang Maha Diperlukan. Tidak ada apa yang harus kau sedihkan kerana Allah dekat dan lebih dekat dari urat dilihirmu.

"Barang siapa yang mendekatkan diri kepada Ku barang sejengkal, maka akan Ku dekatkan diri-Ku kepadanya sehasta (HR Bukhari dan Muslim)

Senyumlah sekali lagi sahabat...senyumlah...beba skan diri kamu dari belenggu yang tidak menguntungkan itu kerana ia akan meragut hak kamu untuk tersenyum...sesungguhnya gunakanlah sisa yang ada ini untuk kau lebih melihat kembali kelemahan yang ada pada diri kau dan gunkanlah ia sebagai kekuatan untuk membina diri agar kau tak kecundang lagi. Bahawa se nya, aku la NUR IMAN yang akan sentiasa menemanimu ketika hari gelapmu dan dan berkongsi gembira ketika hari terangmu.

CATATAN DIARI YG KE 54 - NUR IMAN -


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

Tuesday 28 August 2012

`TEGURAN BUAT SAHABAT'

Sahabatku, aku hanyalah seorang musafir...berkelana dari satu tempat ke satu tempat, untuk mengenal diri, untuk mencari sesuatu yang hakiki. Aku tak punya rumah yang besar untuk tinggal kerana Allah telah menjadikan aku langit sebagi bumbungnya, aku tak punya lantai marbel indah kerana Allah telah memberi bumi sebagai lantainya. Aku tak punya dinding kaca yang berkilauan kerana Allah telah memberi gunung ganang sebagai dindingnya, cahaya matahari sebagai lampunya, bulan sebagai lampu tidurnya, bintang sebagai lampu kelap-kelipnya. Aku tak perlukan karpet yang mahal kerana Allah telah meganugrahkan aku rumput sebagai alasnya dan aku tak perlukan TV kerana sendiwara manusia sudah cukup membuat aku mengerti bahawa mereka semua pelakon-pelakonnya. Dari timur ke barat, utara ke selatan semua harta percuma yang Allah berikan kepada ku sebagai hamba-Nya...kenapa aku harus membayarnya sedangkan aku diberi percuma? Aku hanya diminta untuk `Sujud serta tunduk berserah diri kepada-Nya dan supaya aku tidak menjadi orang2 musyrikin'. Kita semua adalah manusia yang cukup sempurna, diberi akal dan fikiran untuk berfikir bagi membezakan kewujudan kita dengan makhluk Allah yang lain. Bagi yang boleh berfikir, setiap kehidupan mempunyai urusan yang teratur yang telah ditetapkan oleh-Nya dan tidak sedikit pun ia terlewat dari waktunya. Bulan tak pernah mengejar matahari dalam kitarannya, matahari tak pernah menggangu bulan dalam memberi sinarnya. Malam tak pernah menganggu siang dan siang tak pernah menjengah malam. Bahkan semuanya berjalan dengan cukup rapi dan cukup sempurna. Bukankah itu semua urusan Al Nur, Al Badi', Al Rashid.

Bagi mereka yang riak dan takabur, bagi mereka yang hipokrit dan egois, bagi mereka yang sombong diri dan lupa diri, sesungguhnya kita harus muhasabah diri dan tahu akan asal usul kejadian manusia. Dibuat dari tempat yang `kotor' (kemaluan) dan keluar juga dari tempat yang kotor, benda yang keluar dari tempat yang kotor memang kebiasaannya akan dibuang ke suatu tempat yang kotor (tandas) dan seharusnya di `flush' supaya ia pergi ke satu tempat yang lebih kotor (tangki najis). Perumpamaan itu bagi menunjukkan bahawa manusia itu sama sahaja dan akan menjadi lebih hina dari najis-najis yang ada sekiranya ia mempunyai sifat sombong diri dan hipokrit. Melihat orang lain sentiasa salah sebelum tahu betulnya, melihat orang lain bodoh sebelum tahu pandainya, melihat diri sendiri pandai sebelum tahu bodohnya, melihat orang lain kurang sebelum tahu sempurnanya, melihat diri sendiri lebih Islam sebelum tahu amalnya, melihat orang lain `kafir' sebelum penentuan-Nya. Serba serbi kita suka mendahului Allah di dalam membuat keputusan tanpa disedari ia mengelincirkan diri kita ke satu tahap penghinaan yang nyata. Tidakkah perkataan `Insyallah (jika diizinkan Allah) itu lebih murni sifatnya dari menggunakan perkataan `MESTI' (`Sudah pasti' mengikut maknanya) sebelum tahu ketentuan-Nya. Ia merupakan salah satu penyempangan yang nyata dan tidak disedari mendahului dari yang Maha Esa.

Sesungguhnya sehebat mana sekali pun kita, sekaya mana sekali pun kita, setinggi mana darjat dunia sekali pun kita, secantik mana sekali pun kita, sekacak mana sekali pun kita, semewah mana sekali pun kita, sesenang mana sekali pun kita...ia akan menjadi hina dan sefakir-fakirnya atas kejahilan dan kebongkakkan diri kita. Tidak malukah kita kerana menggunakan nikmat yang diberikan oleh Al Mughni, Al Malik Al Mulk, Al Barr dan dibalas dengan sifat keji kita sendiri. Bagaimana la agaknya jika nikmat itu ditarik balik dalam sekelip mata. Ketika itu kau cuba turunkan sifat hinamu serendah-rendahnya dan kau cuba mendonggakkan kepalamu memohon kepada Al Ghaniyy sambil merintih dan merayu agar nikmat itu dikembalikan sedangkan selama ini kau lupakan Dia. Tidak malukah engkau...

Sahabatku, diri kita tidak pernah cukup, ilmu kita hanya setitis air di lautan, sebutir pasir di daratan. Ilmumu adalah ilmu mu jua dan ilmu ku adalah ilmu ku jua. Allah telah memberikan hak-Nya kepada hamba-hamba-nya mengikut bahagiannya tersendiri. Jangan kau cari di merata tempat, jangan kau selak di mana-mana kerana ianya tiada di sana...kau hanya perlu pergi ke suatu sudut yang sepi dan jarang kau kunjungi. Di situ ada satu naskah Nur Kareem yang di panggil Al Quran...di situ segala-galanya tertulis, satu `wasiat' yang harus dijaga dari peringatan-peringatan-Nya, yang di bawa oleh junjungan Nabi kita Muhamad ya Rasullulah. Sunah-sunahnya juga memperincikan ajaran-ajaran yang di bawa. Islam itu satu, tidak dua dan tidak tiga....Tidak ada yang akan menjadi kafir sebelum tahu amalannya, tidak ada yang akan masuk neraka sebelum ketentuan-Nya, tidak akan tertulis dosa sebelum pelanggarannya. Ya Al 'Afuww, Al Ra'uf, Ya Al Tawwab...Kau kembalikanlah umat-umat Muhamad supaya bersatu mengikut ajaran-Mu, kau lembutkanlah mereka agar terus bersatu, Kau janganlah jadikan mereka berpuak-puak demi mengejar sesuatu, Kau jauhkanlah mereka dari memperalatkan ugama-Mu untuk perpecahan. Islam adalah ugama kesatuan, persaudaraan dan kasih sayang.

Sahabatku...kasih sayang aku sesama manusia, kasih sayang aku sesama umat, kasih sayang aku sesama saudara seugama...temankan la aku ke syurga Firdaus-Nya. Aku ingin mencari teman seperti mana Nabi Musa A.S mencari jiran syurganya. Ya Allah..sesungguhnya aku tahu aku tak layak ke syurga-Mu, namun aku tak sanggup melihat pintu neraka-Mu...tunjukkanlah aku jalan lurus-Mu..amin

CATATAN DIARI YG KE 53 - NUR IMAN -


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

Monday 27 August 2012

`JANGAN BERSEDIH'

Hati mana yang tak terasa bahagia bila ada insan lain yang pandai menyemaikan benih cintanya pada kita. Hati mana yang tak terasa tersangkut bila ada insan lain yang pandai menyulam kata2 madahnya. Hati mana yang tak meruntun bila ada insan yang benar2 pandai mempamirkan keikhlasannya dan hati mana yang tak tertarik bila ada insan lain yang pandai mengambil berat tentang kita.`Umpan' yang diperam cukup perasa dan ia akan menjadi satu cereka baru dalam suratan cinta. Masing2 hanyut dalam belaian dan dakapan hangat dunia cinta. Bila sedetik berita tak dikirim terasa kerisauan membuai perasaan, ketika sesaat tak bertanya kabar terasa pedihnya bukan kepalang. Ketika sehari tak berjumpa terasa dunia hilang seketika. Semuanya indah belaka.... Ayat demi ayat disusun agar ayat-ayat cinta tidak nampak cacat celanya, tertipnya cara berjalan dan cara makan mengalahkan puteri yang sedang santap penuh beradap. Wajah yang garang dan cenggil sering di `make up' dengan senyuman manja agar pasangan terpesona...betapa pandainya pelakon dunia. Manusia boleh menjadi `sesumpah' yang sering bertukar warna. Perilakunya sukar dijangka, dihadapan kita dialah `si alim' yang tidak berpijak di bumi nyata. Wal hal realitinya...dialah perosak cinta ramai manusia. Terpegun, terpesona, terpikat, teruja...semua itu kata-kata fantasi bagi yang sedang bercinta, yang nyata ketika itulah sang syaitan memetik gitarnya agar alunan merdunya suara dapat membisikkan ke telinga manusia agar terus lalai mencari kenikmatan `cinta yang telanjang'. Tidak tahu akan batas-batas pergaulan, bercinta ketika zohor sudah berkumandang dan Isyak mulai hilang. Namun, sedikit pun kita tidak pernah menjengah Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang meniupkan roh `cinta-Nya' serta nikmat-Nya kepada makhluk yang diciptakannya.

Ketika ikatan terurai dan cinta sedang berantakkan, ketika hati terasa terseksa dan pedihnya terasa dan ketika jiwa terasa kacau fikiran melilau...semuanya yang kau gilai menjadi sembilu yang menusuk hati. Si dia yang kau anggap `malaikat' telah kau tukar menjadi `iblis' yang kau paling benci. Segala yang baik semua bertukar menjadi ngeri. Dunia kau telah berubah...tiada lagi bayang2 indah mengiringi setiap tari kau. Semuanya mengejek kau sehingga kau bosan melihat benda hidup atau pun yang mati. Kau tidak dapat melihat setiap warna di dunia ini...apa yang kau nampak hanya hitam putih yang tidak punya seri. Kau mula menjerit, meraung, memekik dan melolong...namun itu semua hanyalah satu perilaku bodoh dan sombong yang kau cipta sendiri. Ketiku itu, kau berlutut, bersujud, merintih, menanggis dan mengemis simpati pada Ya Latif, Ya Ahad agar permohonon kau dikabulkan. Sedangkan selama ini Kau lupa pada yang Maha Pengatur segala urusan di langit dan dibumi. Kau hanya menjadi pengikut makhluk yang pernah menyesatkan `bapa' manusia (Adam). Kau sedikit pun tak pernah memikirkan sekiranya makhluk kejam ini tidak menyesatkan Adam dan Hawa, sudah pasti kita bahagia di syurga dan kau sendiri tidak akan merasa sedikit pun merasa derita.


Kau tidak bisa mampu untuk mengembalikan air sungai ke puncanya, kau sendiri juga tidak mampu kembali semula ke perut ibumu sebagai bayinya, kau tak akan mampu memutarkan masa ke belakangmu, kau sendiri tidak bisa meletakkan kembali air matamu yang bercucuran ke matamu semula...biarlah masa berlalu mengikut peredarannya, biarlah ia berdetik mengikut saatnya....kita tidak bisa mengundur semula...tidak, tidak mungkin...Biarlah kedukaan itu berlalu bagaikan kotoran disungai yang jernih kerana apabila ia hilang yang tinggal hanyalah kesucian air itu sendiri. Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan. Sekiranya kita sebuk memikirkan perkara yang lepas,kita tidak bisa menggunakan ruang waktu yang sedikit ini untuk memikirkan kebahagian yang sememangnya layak untuk kita kecepi di masa hadapan. YOU DESERVE TO BE HAPPY. Apabila kita melihat sesuatu kecantikan yang hakiki dari pancaindera yang dikurniakan Ilahi...jangan kau dengar lagi bisikan-bisikan nakal kerana ia akan menjadikan kau hidup dalam kekeliruan. THE CHOICE IS YOURS...dan kau yang akan membawa bahtera itu sampai ke destinasinya. Selamat berbahagia melawan perasaan yang sedang suram - NUR IMAN -


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

`AMANAH YANG HILANG, HALAL MENJADI HARAM'

Ketika orang diam kau bising, tetakala orang binggung kau ketawa, ketika orang sebuk bergembira kau menanggis, tetekali orang sebuk mencari keredaan kau sebuk mencari kemurkaan, ketika orang sebuk mencari duit yang halal kau berhempas pulas mencari akal mencari duit yang haram, ketika orang sebuk berkerja kau sebuk memonting. Kau memang suka hidup ala
songsang dan apa yang diperintah kau langgar dan apa yang tak disuruh (yg dimurkai) kau lakukan.

Berkerja itu satu amanah dan tanggungjawab dan duit yang kau dapat semuanya hasil dari benda yang halal namun kau secara senyap dan diam tidak menyedari bahawa `keharaman' mencemari benda yang halal. Kenapa kita membiarkan benda yang haram menumbuhkan daging-daging yang segar di dalam tubuh badan kita, kenapa kita membiarkan `diri kita' menggunakan tenaga hasil dari pemakanan dan duit `penipuan terancang' yang tidak disedari oleh kita. Tidak malukah kita membawa kemana-mana darah-darah yang tercemar (hasil pendapatan penipuan terancang) angkara kelalaian kita.


Menggunakan waktu pejabat untuk membaca surat kabar (yg bukan skop kerjanya), membaca majalah, membuat urusniaga berjualbeli, berbual kosong, menggunakan komputer bagi tujuan sosial dan membuat kerja peribadi...itu belum lagi mengambil masa untuk merokok dan menggunakan barangan pejabat sebagai hak sendiri..bukankah itu satu penipuan terancang.


Menggunakan waktu pejabat untuk ke bank atau kemana-mana sekali pun (untuk tujuan peribadi), hantar dan ambil anak ke atau dari sekolah, pergi minum, merokok, dan lain-lain lagi...bukankah itu satu penipuan terancang. Soal ganti balik waktu tidak timbul kerana amanah yang diberikan untuk berkerja sudah ditetapkan..kalau ada pun berapa ramai yang telah mengantikan waktu yang diambil? Sesungguhnya setiap saat dan setiap waktu kita mempunyai amanah yang mesti dipertanggungjawapkan dan dijalankan termasuk tanggungjawap dengan Maha Pencipta, ugama, diri sendiri, keluarga, teman-teman, masyarakat, bangsa dan negara. Pengaggihan yang tidak seimbang dan pencabulan yang nyata merupakan satu pendustaan terhadapa mereka terutamanya kepada Yang Segala Maha (Allah).


Sebahagian besar masa kita telah habis di pejabat atau di tempat kerja berbanding dengan keluarga. Sekiranya kita ingin mencari sebarang keredaan atau kebaikan, di situlah tempatnya. namun jika kita ingin mencari sebarang kemurkaaan di situ juga lah `pasar'nya. Jangan biarkan kita sesat bersama kelalaian kita dan jangan kita `mabuk' bersama nafsu-nafsu kita. Biarlah yang tidur terus dikejutkan, biarlah yang lalai dan alpa terus diperingatkan, biarlah yang jahil terus diajar, biarlah yang kusut terus dileraikan.


Jangan kau marah jika doa-doa kau tak dikabulkan, jangan kau gundah gulana jika kau selalu direndung malang, jangan kau tanya pendapatan kau yang banyak selalu berkurangan (tak pernah cukup), jangan kau ratapi jika kau selalu mendapat kecelakaan dan kesukaran dan PERKATAAN YANG PALING PERLU DIRENUNGKAN..


JANGAN SESEKALI KAU TANYA APA YANG ALLAH DAH BERI PADA DIRI KAU, TANYALAH PADA DIRI SENDIRI SETIAP SAAT DAN SETIAP DETIK...APA YANG KAU DAH LAKUKAN DAN BERI PADA ALLAH' (melalui amalan-amalanmu)


Aku hanyalah penyair sepi...bermadah tanpa lagu, ilmuku tak setinggi mana tetapi sekadar cukup untuk memberi jawapan `di sana' nanti. Sekurang-kurangnya aku dah ada jawapannya daripada terkapai-kapai mencari jawapan. `Aku telah menyampaikannya dengan jelas' namun mereka semua semuanya bukan jahil tapi `fakir',mereka semuanya bukan tak pandai tapi `lalai' dan mereka semua bukannya tak beriman tapi mereka tenggelam sebelum sempat mengapainya. Biar mereka kata aku manusia picisan, pandai berkata tapi tak punya apa. Yang penting, setiap manusia adalah khalifah Allah di muka bumi ini dan mempunyai tanggungjawap untuk memberi peringatan. Manusia dinilai Berdasarkan ilmu dan amalnya ..punya ilmu tapi tak beramal...beranganlah ia sepanjang masa dengan teori-teori kosongnya. Beramal tapi tak punya ilmu, dikuatiri ia akan sesat selama-lamanya. Punya ilmu tetapi `dikuncinya' akan dilaknati di atas kebahilannya sendiri..


`Dia (Nabi Muhamad S.A.W) bermasam muka dan berpaling. Kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu, barangkali dia mahu membersihkan dirinya (daripada dosa-dosa dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu). ataupun dia ingin mendapatkan peringatan, supaya peringatan itu memberi menafaat kepadanya. Adapun orang yang merasakan dirinya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al Quran). Maka engkau melayaninya. Pada hal engkau tidak bersalah kalau dia tidak mahu membersihkan dirinya (daripada keingkaran). Adapun orang yang segera datang kepadamu. Dalam keadaan takut (melanggar perintah Allah. Maka engkau berlenggah-lenggah melayaninya. Jangan (bersikap) demikian itu, Sesungguhnya ayat-ayat Al Quran adalah suatu pengajaran dan peringatan (QS 'Abasa : 1 - 11)


- NUR IMAN -



About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

`ALLAH SENTIASA DEKAT DAN LEBIH DEKAT DARI URAT DI LEHERMU'

Saat ketika musibah datang melanda, saat ketika kau menebalkan diri kerana kekecewaan, saat ketika kau mendapat kegusaran, saat ketika kau cuba lari dari kekalutan, saat ketika kau dihambat penderitaan, saat ketika kau dihanyutkan kerungsingan....siapakah yang paling hampir denganmu?..Yang rapat mengelonsor pergi, yang jauh mangkin menjarakkan diri, yang sayang dah bilang benci, yang cantik dah nampak buruk, yang sabar dah tak tahan lagi, yang benci lebih menyakitkan hati, yang simpati hanya mampu menyabarkan diri. Di saat kau merintih hanya Dia yang Maha Mendengar (Al Sami'). Di saat kau bersedih hanya Dia yang Maha Melihat (Al Basir). Di saat kau susah hanya Dia Maha Melapangkan (Al Basith). Ketika kau susah Dia lah yang Maha Pemberi rezeki (Al Razzaq). Ketika kau tidak pandai Dia lah yang Maha Mengetahui (Al Alim) dan meninggikan darjat mu kerana Dialah yang Maha Meninggikan (Al Rafi'). Namun, kenapa kau semangkin jauh dengan Dia. Ketika kau senang kau lupakan diri-Nya dan menganggap seolah-olah Dia tidak wujud. Kau kejar nikmat dunia yang Dia sediakan namun kau tak pernah bersyukur di atas pemberiannya. Udara yang diberikan kau hirup dengan rakus, namun kau sedikit pun tidak pernah menggunakan nikmat itu dengn berzikir serta memuji nama-Nya. Malam yang dibentangkan oleh-Nya kau gunakan untuk tidur yang lena. Namun kau tak pernah untuk menggunakannya untuk mengingatinya dengan solat tahjud dan taubat yang mendamaikan. 7 lapisan langit yang luas serta awan yang melindungi kau dari matahari yang panas tidak sedikit pun menjadikan kau sebagai seorang pemikir malah menjadikan kau lebih kufur serta engkar. Rahmat hujan kau raih, rahmat embun kau sapu, rahmat matahari kau usik, rahmat bumi kau kebas...namun siapa Penciptanya kau lupa...manusia jenis apa kah kau ini?

Waktu kau susah, waktu kau sengsara, waktu kau derita, waktu kau sakit, waktu kau diambang maut, waktu kau tercari-cari, waktu kau teraba-raba, waktu kau ditinggalkan, waktu kau dipinggirkan....baru kau ingin mengenal nikmat yang telah lama kau abaikan...tidak malukah engkau merayu merintih, menanggis, meratapi serta berdoa di depan-Nya memohon suatu kelapangan diberikan sedangkan selama ini kau terlupa siapa Penciptamu. Walau pun Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang (Al Rahman, Al Rahim)...namun naluri manusia yang tidak mempunyai sifat-sifat Maha-Nya itu membilang satu perasaan yang jijik dan kotor tentang perilaku manusia yang lupa diri.

Jika kau terasa terasing, jika kau terasa terbuang, jika kau terasa teranaya, jika kau terasa terbiar, jika kau terasa derita, jika kau terasa sengsara...sesungguhnya hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui (Al Alim) dan Dia juga yang Maha Memelihara dan Melindung (Al Muhaimin), Maha Pembuka pintu rezeki (Al Razzaq) , Maha Meninggikan darjat (Al Rafi'), Maha Melapangkan (Al Basith), Maha Pemberi Kekuatan (Al Muqit), Maha Memperkenankan (Al Mujib), Maha Diperlukan (Al Shamad), Maha Penerima Taubat (Al Tawwab), Maha Pemaaf (Al 'Afuww) dan Dialah Raja segala Maha di dunia ini. Maka sentiasalah tunduk sujud serta berserah diri kepada-Nya, sesungguhnya Dia lah Raja segala langit dan bumi dan seluruh alam. Daripada Dia kita datang dan kepada Dia kita akan kembali...- Wallahualam - NUR IMAN


`(Ya Muhamad), Apabila hamba-hamba-Ku bertanya tentang diri-Ku maka (beritahu mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat dengannya (Malah lebih dekat dari urat dilehernya). Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mengikut perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran (QS Al Baqarah : 186)



About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

`ERTINYA SEBUAH KEMERDEKAAN'

Sahabat..Kau bilang MERDEKA bererti kebebasan, kau bilang merdeka bererti bebas dari belenggu penjajah, bebas dari pemikiran sempit dan kolot, bebas dari sifat takbur dan riak, bebas dari kemisikinan, bebas dari sifat dengki dan khianat, bebas dari sifat malas, bebas dari kongkongan `colonialist' moden, bebas dari ketaksuban akal dan bebas dari segala-gala jalan yang menyempitkan minda. Itu yang kau kata dan itu yang kau fikir....namun, pada hakikatnya adakah pembuktian itu diterjemaahkan dalam bentuk keputusan. Setakat cakap semua orang boleh cakap dan setakat suruh berbahas, semua orang boleh keluar idea. Buktikanlah hakikat yang sebenar-benarnya adakah kau benar-benar sudah bebas...

Aku mengerti dan aku memahami tentang bangsaku. Sudah 45 tahun aku hidup bersama mereka. Kalau orang kata bangsaku satu bangsa yang sudah lama tidur dan malas untuk bangun...ya aku setuju. kalau orang kata bangsaku banyak yang leka dan alpa...ya aku setuju. kalau orang kata bangsaku banyak bercakap dari berkerja...ya aku setuju. Kalau bangsaku banyak yang bijak pandai tapi hanya di atas kertas sahaja...ya aku setuju. Kalau bangsaku terlalu baik sehingga ada orang lain boleh menginjak-injak kepalanya...ya, aku boleh terima juga. Kalau orang kata bangsaku kuat membodek dan suka dibodek kemudian terus alpa...boleh juga diterima. Kalau bangsaku lebih banyak berpolitik dari membangunkan bangsaku dan dirinya sendiri...ya, aku lagi setuju kerana itu memang kepakarannya bangsaku. Jadi di mana erti kebebasan yang dilaung-laungkan, mana erti MERDEKA yang sebenar. Kalau berpolitik sekali pun lebih cenderung kepada untuk dijajah semula buat apa. Tidak mempunyai kesatuan yang nyata. Masing-masing mengakui atas nama satu bangsa namun menari mengikut citarasa yang berbeza. Mengaku memegang satu bendera ugama yang sama namun hakikatnya masing-masing mengakui dia lah `pewaris khalifah' yang sebenar-benarnya dan lebih khalifah dari khalifah yang lain, lebih Islam dari Islam yang lain buat apa. Siapa yang pekak dan siapa yang tuli, siapa yang buta dan siapa yang celek sebenarnya. Isu bangsa tidak lagi menjadi taruhan kerana kau menganggap Islam yang lebih utama...aku setuju namun kalau kau memperjuangkan Islam sebagai agenda di bumi yang kau anggap `merdeka' ini kenapa sifat dan peribadimu tak sedikit pun mengambarkan keislaman kau. Kau menggunakan lidah fasihmu dan mengutip kalimah suci dari Al Quran Nur Kareem sebagai senjata tajammu namun dalam masa yang sama kau menggunakan kata nista dan maki hamunmu sebagai bentengnya. Adakah ini peribadi seorang muslim yang merdeka. kau menghalalkan perbuatanmu bagi matalamat menghalalkan cara, adakah ini yang dikatakan merdeka. Kau hanya menjauhkan saudara-saudara islammu dengan perjuangmu yang kau kata `ikhlas' itu. Bagi mereka yang memperjuangkan bangsa sebagai agenda utama...aku pun setuju kerana bangsa kau bangsa yang majoritinya beragama Islam. Namun, kau pun jangan lupa agenda perjuangan utama kau. Melalaikan tanggungjawap serta melihat diri kau sebagai `kau' dan tidak melihat diri kau sebagai anak bangsa. Seandainya kau melihat diri kau sebagai `kau', kau akan melihat diri kau sebagai sebenar-benarnya `cow'..yang makan hanya untuk mengenyangkan diri `cow' sahaja. Sedangkan yang lain-lain kau biarkan ia kelaparan. Kau kena ingat wahai para sahabatku...Islam di negaraku yang tercinta kuat, bangsaku juga kuat. Bangsaku kuat, Islam di negara tercintaku kuat. Kerana, kedua-duanya seperti isi dengan kuku. Mungkin kau tak bersetuju dengan pandangan peribadiku ini kerana minda dan akal kau masih terjajah dengan ketaksuban pemikiran yang sempit. Kau masih tak faham agenda bangsaku. kalau kau ingin hidup di sebuah negara Islam, kau boleh pergi ke mana-mana negara di dunia ini kerana banyak negara Islam yang ada...akan tetapi kalau kau ingin hidup di negara yang milik asalnya milik bangsaku, negara Malaysia yang `ditadbir oleh melayu' yang mejoriti beragama Islam...ia tidak ada di mana-mana, di sini kasihku tertumpah negaraku MALAYSIA.

Ayoh...kuatkan imanmu, bersatu atas nama Islam dan Melayu, bangkitkan ekonomimu, biar kita menjadi kuat agar kita tidak dihambat oleh musuh-musuh Islam kita. Jangan kau sempitkan lagi pemikiranmu, jika kau benar-benar ingin mengikut jejak Rasulmu maka ikutlah setiap langkah dan jejaknya dari sudut spiritual dan ritual, sistem pentadbiran dan ekonominya sehingga zamannya menjadi zaman yang benar-benar `Hadari' (Cemerlang, Terbilang dan Gemilang). Rasul junjungan mengajar kita bahawa setiap orang mukmin itu adalah saudara (Teamwork), dan setiap doa kita, kita memohon hasanah di dunia dan akhirat. Muhamad Ya Rasullulah juga merupakan seorang peniaga yang hebat malah sahabat-sahabatnya juga merupakan orang-orang yang kaya raya dan ramai para Nabi-Nabi juga tergolong daripada orang yang kaya raya. Mereka bukan hendak mengejar harta namun harta itulah senjata tambahan selain dari taqwa dan iman yang boleh menghancurkan musuh-musuh Islam kita.

Shabatku..kita masih belum merdeka, kau dan aku masih belum merdeka. Selagi kau tidur tak jaga, selagi akalmu lena dek mimpi yang fantasi dan bukan realiti. Selagi belum tertegaknya panji-panji Islam sepenuhnya. Selagi para cerdik pandai hanya pandai `retorik' tapi tak berbuat apa, selagi ramainya sahabat-sahabatku `berserah' tanpa berusaha, selagi bangsaku suka dengki khianat tanpa hentinya, selagi bangsaku tidak boleh ditegur, selagi bangsaku masih mundur...KITA MASIH BELUM MERDEKA...kau layak menjadi mukmin yang hebat, kau layak mendapat kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat, kau layak untuk berjaya, kau layak untuk mendapat segala-galanya yang kau mahu..BERUSAHALAH, BERDOALAH dan BERSERAH kepada yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia lah Al Sami' Al Basir (Maha Mendengar dan Maha Melihat...ANDA BUAT ANDA DAPAT - NUR IMAN


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

`BERLALUNYA PAHLA RAMADAN'

Hari ini aku ingin bercerita lagi, biarlah ia menjadi lawak jenaka, biarlah ia menjadi `sampah' di mata, biarlah ia menjadi kudis di hati...aku tetap akan bercerita....Biarlah hanya matahari yang setia memberikan sinarnya ketika aku menulis, biarlah hanya bulan yang memberi surianya sebagai ilham untuk aku berseloka dan biarlah jika sekiranya hanya bumi sebagai hamparannya menemaniku untuk aku bersendaloka bercerita tentang kebesaran kejadian-Nya. Aku tetap reda kerana mereka juga makhluk Allah yang mempunyai mata hati dan telingga untuk melihat dan mendengar suara hatiku. Malah mereka lebih memahami dari manusia yang diciptakan cukup sempurna. Allah telah berfirman di dalam surah Al Shams 1 - 10 yang bermaksud: `Demi matahari dan sinarnya di pagi hari. Demi bulan apabila ia mengiringi. Demi siang apabila ia menampakkan diri. Demi malam apabila ia menutupi. Demi langit dan seluruh binaannya. Demi bumi dan segala hamparannya. Demi jiwa serta penyempurnaannya. Allah telah mengilhamkan sukma kefasikkan dan ketaqwaan. Beruntunglah mereka yang mensucikan hatinya dan Rugilah bagi yang mengotorinya'.

Cerita tentang pahala Ramadan yang berlalu tanpa menoleh, yang berjalan tetapi tak dapat dikejar, yang dekat tapi tak dapat digapai, yang cantik tapi tak dapat dipikat. Ini disebabkan oleh orang yang mengejar, orang yang ingin mengapai dan orang yang ingin memikat `cacat seluruh anggotanya'. Tidak melihat dengan mata hati kerana butanya ia dan melihat dengan mata nafsu kerana gelojohnya ia. Seharusnya puasa itu dapat menahan serta menundukkan satu makhluk yang dipanggil nafsu namun puasa lebih menjadikan seseorang itu lebih bernafsu, tidakkah itu dipanggil cacat. Sepatutnya puasa itu boleh mengawal sikap manusia dari bersikap cepat marah, memfitnah, beremosi, menjaga perilaku kerana kita diajar untuk menjaga mata, telingga, mulut malah yang paling penting hati...namun itu semualah yang `disongsangkan' serta dilanggarnya, bukankah itu dipanggil cacat. Kenapa kita jadikan bulan Ramadan sahaja bulan ibadah (berbuat baik) sedangkan bulan lain tidak, tidakkah itu dipanggil cacat. Kita berpuasa, berlapar, haus dalam seharian kerana berharapan ia akan mendapat keberkatan dan keredaan dari-Nya, namun pekara wajib lain seperti solat ditinggalkan...bukankah ia juga dipanggil cacat. Bulan Ramadan Al Mubarak sepatutnya digunakan masa yang teruang untuk berzikir, membaca Al Quraan, membaca buku-buku ilmiah dan sebagainya tetapi kenapa digunakan masa yang ada untuk berangan dan tidur yang lelap...tidakkah ia dipanggil cacat.

Terkadang kita terlupa dan terleka untuk `berbicara' dengan Maha Pencipta dengan sempurna kerana sebuknya kita. Maka, bulan Ramadan ini merupakan bulan yang paling mulia untuk kita menemui-Nya serta `berbicara' serta memuji-muji-Nya dengan sempurna. Memohon agar segala ibadat serta amalan kita diterima. Agar `suatu hari nanti' (Hari Pembalasan), pintu syurga terbuka seluas-luasnya untuk kita. Agar diberikan kepada kita buku `Illyyin' (buku catatan untuk amalan baik) ditangan kanan kita. Tidak juga ingin kita melihat `Sijjin' (buku amalan jahat) diberikan dari mana sudut sekali pun disekeliling kita. Kita juga mengharapkan agar `Tasnim' diberikan sebagai menyambut kehadiran kita dan akan tiba saat kerinduaan kita untuk duduk bersemuka dengan para `Kekasih' Allah yang lain terutama Nabi Junjungan kita ya Rasullulah. - NUR IMAN



About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact