Tuesday 28 August 2012

`TEGURAN BUAT SAHABAT'

Sahabatku, aku hanyalah seorang musafir...berkelana dari satu tempat ke satu tempat, untuk mengenal diri, untuk mencari sesuatu yang hakiki. Aku tak punya rumah yang besar untuk tinggal kerana Allah telah menjadikan aku langit sebagi bumbungnya, aku tak punya lantai marbel indah kerana Allah telah memberi bumi sebagai lantainya. Aku tak punya dinding kaca yang berkilauan kerana Allah telah memberi gunung ganang sebagai dindingnya, cahaya matahari sebagai lampunya, bulan sebagai lampu tidurnya, bintang sebagai lampu kelap-kelipnya. Aku tak perlukan karpet yang mahal kerana Allah telah meganugrahkan aku rumput sebagai alasnya dan aku tak perlukan TV kerana sendiwara manusia sudah cukup membuat aku mengerti bahawa mereka semua pelakon-pelakonnya. Dari timur ke barat, utara ke selatan semua harta percuma yang Allah berikan kepada ku sebagai hamba-Nya...kenapa aku harus membayarnya sedangkan aku diberi percuma? Aku hanya diminta untuk `Sujud serta tunduk berserah diri kepada-Nya dan supaya aku tidak menjadi orang2 musyrikin'. Kita semua adalah manusia yang cukup sempurna, diberi akal dan fikiran untuk berfikir bagi membezakan kewujudan kita dengan makhluk Allah yang lain. Bagi yang boleh berfikir, setiap kehidupan mempunyai urusan yang teratur yang telah ditetapkan oleh-Nya dan tidak sedikit pun ia terlewat dari waktunya. Bulan tak pernah mengejar matahari dalam kitarannya, matahari tak pernah menggangu bulan dalam memberi sinarnya. Malam tak pernah menganggu siang dan siang tak pernah menjengah malam. Bahkan semuanya berjalan dengan cukup rapi dan cukup sempurna. Bukankah itu semua urusan Al Nur, Al Badi', Al Rashid.

Bagi mereka yang riak dan takabur, bagi mereka yang hipokrit dan egois, bagi mereka yang sombong diri dan lupa diri, sesungguhnya kita harus muhasabah diri dan tahu akan asal usul kejadian manusia. Dibuat dari tempat yang `kotor' (kemaluan) dan keluar juga dari tempat yang kotor, benda yang keluar dari tempat yang kotor memang kebiasaannya akan dibuang ke suatu tempat yang kotor (tandas) dan seharusnya di `flush' supaya ia pergi ke satu tempat yang lebih kotor (tangki najis). Perumpamaan itu bagi menunjukkan bahawa manusia itu sama sahaja dan akan menjadi lebih hina dari najis-najis yang ada sekiranya ia mempunyai sifat sombong diri dan hipokrit. Melihat orang lain sentiasa salah sebelum tahu betulnya, melihat orang lain bodoh sebelum tahu pandainya, melihat diri sendiri pandai sebelum tahu bodohnya, melihat orang lain kurang sebelum tahu sempurnanya, melihat diri sendiri lebih Islam sebelum tahu amalnya, melihat orang lain `kafir' sebelum penentuan-Nya. Serba serbi kita suka mendahului Allah di dalam membuat keputusan tanpa disedari ia mengelincirkan diri kita ke satu tahap penghinaan yang nyata. Tidakkah perkataan `Insyallah (jika diizinkan Allah) itu lebih murni sifatnya dari menggunakan perkataan `MESTI' (`Sudah pasti' mengikut maknanya) sebelum tahu ketentuan-Nya. Ia merupakan salah satu penyempangan yang nyata dan tidak disedari mendahului dari yang Maha Esa.

Sesungguhnya sehebat mana sekali pun kita, sekaya mana sekali pun kita, setinggi mana darjat dunia sekali pun kita, secantik mana sekali pun kita, sekacak mana sekali pun kita, semewah mana sekali pun kita, sesenang mana sekali pun kita...ia akan menjadi hina dan sefakir-fakirnya atas kejahilan dan kebongkakkan diri kita. Tidak malukah kita kerana menggunakan nikmat yang diberikan oleh Al Mughni, Al Malik Al Mulk, Al Barr dan dibalas dengan sifat keji kita sendiri. Bagaimana la agaknya jika nikmat itu ditarik balik dalam sekelip mata. Ketika itu kau cuba turunkan sifat hinamu serendah-rendahnya dan kau cuba mendonggakkan kepalamu memohon kepada Al Ghaniyy sambil merintih dan merayu agar nikmat itu dikembalikan sedangkan selama ini kau lupakan Dia. Tidak malukah engkau...

Sahabatku, diri kita tidak pernah cukup, ilmu kita hanya setitis air di lautan, sebutir pasir di daratan. Ilmumu adalah ilmu mu jua dan ilmu ku adalah ilmu ku jua. Allah telah memberikan hak-Nya kepada hamba-hamba-nya mengikut bahagiannya tersendiri. Jangan kau cari di merata tempat, jangan kau selak di mana-mana kerana ianya tiada di sana...kau hanya perlu pergi ke suatu sudut yang sepi dan jarang kau kunjungi. Di situ ada satu naskah Nur Kareem yang di panggil Al Quran...di situ segala-galanya tertulis, satu `wasiat' yang harus dijaga dari peringatan-peringatan-Nya, yang di bawa oleh junjungan Nabi kita Muhamad ya Rasullulah. Sunah-sunahnya juga memperincikan ajaran-ajaran yang di bawa. Islam itu satu, tidak dua dan tidak tiga....Tidak ada yang akan menjadi kafir sebelum tahu amalannya, tidak ada yang akan masuk neraka sebelum ketentuan-Nya, tidak akan tertulis dosa sebelum pelanggarannya. Ya Al 'Afuww, Al Ra'uf, Ya Al Tawwab...Kau kembalikanlah umat-umat Muhamad supaya bersatu mengikut ajaran-Mu, kau lembutkanlah mereka agar terus bersatu, Kau janganlah jadikan mereka berpuak-puak demi mengejar sesuatu, Kau jauhkanlah mereka dari memperalatkan ugama-Mu untuk perpecahan. Islam adalah ugama kesatuan, persaudaraan dan kasih sayang.

Sahabatku...kasih sayang aku sesama manusia, kasih sayang aku sesama umat, kasih sayang aku sesama saudara seugama...temankan la aku ke syurga Firdaus-Nya. Aku ingin mencari teman seperti mana Nabi Musa A.S mencari jiran syurganya. Ya Allah..sesungguhnya aku tahu aku tak layak ke syurga-Mu, namun aku tak sanggup melihat pintu neraka-Mu...tunjukkanlah aku jalan lurus-Mu..amin

CATATAN DIARI YG KE 53 - NUR IMAN -


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

Monday 27 August 2012

`JANGAN BERSEDIH'

Hati mana yang tak terasa bahagia bila ada insan lain yang pandai menyemaikan benih cintanya pada kita. Hati mana yang tak terasa tersangkut bila ada insan lain yang pandai menyulam kata2 madahnya. Hati mana yang tak meruntun bila ada insan yang benar2 pandai mempamirkan keikhlasannya dan hati mana yang tak tertarik bila ada insan lain yang pandai mengambil berat tentang kita.`Umpan' yang diperam cukup perasa dan ia akan menjadi satu cereka baru dalam suratan cinta. Masing2 hanyut dalam belaian dan dakapan hangat dunia cinta. Bila sedetik berita tak dikirim terasa kerisauan membuai perasaan, ketika sesaat tak bertanya kabar terasa pedihnya bukan kepalang. Ketika sehari tak berjumpa terasa dunia hilang seketika. Semuanya indah belaka.... Ayat demi ayat disusun agar ayat-ayat cinta tidak nampak cacat celanya, tertipnya cara berjalan dan cara makan mengalahkan puteri yang sedang santap penuh beradap. Wajah yang garang dan cenggil sering di `make up' dengan senyuman manja agar pasangan terpesona...betapa pandainya pelakon dunia. Manusia boleh menjadi `sesumpah' yang sering bertukar warna. Perilakunya sukar dijangka, dihadapan kita dialah `si alim' yang tidak berpijak di bumi nyata. Wal hal realitinya...dialah perosak cinta ramai manusia. Terpegun, terpesona, terpikat, teruja...semua itu kata-kata fantasi bagi yang sedang bercinta, yang nyata ketika itulah sang syaitan memetik gitarnya agar alunan merdunya suara dapat membisikkan ke telinga manusia agar terus lalai mencari kenikmatan `cinta yang telanjang'. Tidak tahu akan batas-batas pergaulan, bercinta ketika zohor sudah berkumandang dan Isyak mulai hilang. Namun, sedikit pun kita tidak pernah menjengah Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang meniupkan roh `cinta-Nya' serta nikmat-Nya kepada makhluk yang diciptakannya.

Ketika ikatan terurai dan cinta sedang berantakkan, ketika hati terasa terseksa dan pedihnya terasa dan ketika jiwa terasa kacau fikiran melilau...semuanya yang kau gilai menjadi sembilu yang menusuk hati. Si dia yang kau anggap `malaikat' telah kau tukar menjadi `iblis' yang kau paling benci. Segala yang baik semua bertukar menjadi ngeri. Dunia kau telah berubah...tiada lagi bayang2 indah mengiringi setiap tari kau. Semuanya mengejek kau sehingga kau bosan melihat benda hidup atau pun yang mati. Kau tidak dapat melihat setiap warna di dunia ini...apa yang kau nampak hanya hitam putih yang tidak punya seri. Kau mula menjerit, meraung, memekik dan melolong...namun itu semua hanyalah satu perilaku bodoh dan sombong yang kau cipta sendiri. Ketiku itu, kau berlutut, bersujud, merintih, menanggis dan mengemis simpati pada Ya Latif, Ya Ahad agar permohonon kau dikabulkan. Sedangkan selama ini Kau lupa pada yang Maha Pengatur segala urusan di langit dan dibumi. Kau hanya menjadi pengikut makhluk yang pernah menyesatkan `bapa' manusia (Adam). Kau sedikit pun tak pernah memikirkan sekiranya makhluk kejam ini tidak menyesatkan Adam dan Hawa, sudah pasti kita bahagia di syurga dan kau sendiri tidak akan merasa sedikit pun merasa derita.


Kau tidak bisa mampu untuk mengembalikan air sungai ke puncanya, kau sendiri juga tidak mampu kembali semula ke perut ibumu sebagai bayinya, kau tak akan mampu memutarkan masa ke belakangmu, kau sendiri tidak bisa meletakkan kembali air matamu yang bercucuran ke matamu semula...biarlah masa berlalu mengikut peredarannya, biarlah ia berdetik mengikut saatnya....kita tidak bisa mengundur semula...tidak, tidak mungkin...Biarlah kedukaan itu berlalu bagaikan kotoran disungai yang jernih kerana apabila ia hilang yang tinggal hanyalah kesucian air itu sendiri. Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan. Sekiranya kita sebuk memikirkan perkara yang lepas,kita tidak bisa menggunakan ruang waktu yang sedikit ini untuk memikirkan kebahagian yang sememangnya layak untuk kita kecepi di masa hadapan. YOU DESERVE TO BE HAPPY. Apabila kita melihat sesuatu kecantikan yang hakiki dari pancaindera yang dikurniakan Ilahi...jangan kau dengar lagi bisikan-bisikan nakal kerana ia akan menjadikan kau hidup dalam kekeliruan. THE CHOICE IS YOURS...dan kau yang akan membawa bahtera itu sampai ke destinasinya. Selamat berbahagia melawan perasaan yang sedang suram - NUR IMAN -


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

`AMANAH YANG HILANG, HALAL MENJADI HARAM'

Ketika orang diam kau bising, tetakala orang binggung kau ketawa, ketika orang sebuk bergembira kau menanggis, tetekali orang sebuk mencari keredaan kau sebuk mencari kemurkaan, ketika orang sebuk mencari duit yang halal kau berhempas pulas mencari akal mencari duit yang haram, ketika orang sebuk berkerja kau sebuk memonting. Kau memang suka hidup ala
songsang dan apa yang diperintah kau langgar dan apa yang tak disuruh (yg dimurkai) kau lakukan.

Berkerja itu satu amanah dan tanggungjawab dan duit yang kau dapat semuanya hasil dari benda yang halal namun kau secara senyap dan diam tidak menyedari bahawa `keharaman' mencemari benda yang halal. Kenapa kita membiarkan benda yang haram menumbuhkan daging-daging yang segar di dalam tubuh badan kita, kenapa kita membiarkan `diri kita' menggunakan tenaga hasil dari pemakanan dan duit `penipuan terancang' yang tidak disedari oleh kita. Tidak malukah kita membawa kemana-mana darah-darah yang tercemar (hasil pendapatan penipuan terancang) angkara kelalaian kita.


Menggunakan waktu pejabat untuk membaca surat kabar (yg bukan skop kerjanya), membaca majalah, membuat urusniaga berjualbeli, berbual kosong, menggunakan komputer bagi tujuan sosial dan membuat kerja peribadi...itu belum lagi mengambil masa untuk merokok dan menggunakan barangan pejabat sebagai hak sendiri..bukankah itu satu penipuan terancang.


Menggunakan waktu pejabat untuk ke bank atau kemana-mana sekali pun (untuk tujuan peribadi), hantar dan ambil anak ke atau dari sekolah, pergi minum, merokok, dan lain-lain lagi...bukankah itu satu penipuan terancang. Soal ganti balik waktu tidak timbul kerana amanah yang diberikan untuk berkerja sudah ditetapkan..kalau ada pun berapa ramai yang telah mengantikan waktu yang diambil? Sesungguhnya setiap saat dan setiap waktu kita mempunyai amanah yang mesti dipertanggungjawapkan dan dijalankan termasuk tanggungjawap dengan Maha Pencipta, ugama, diri sendiri, keluarga, teman-teman, masyarakat, bangsa dan negara. Pengaggihan yang tidak seimbang dan pencabulan yang nyata merupakan satu pendustaan terhadapa mereka terutamanya kepada Yang Segala Maha (Allah).


Sebahagian besar masa kita telah habis di pejabat atau di tempat kerja berbanding dengan keluarga. Sekiranya kita ingin mencari sebarang keredaan atau kebaikan, di situlah tempatnya. namun jika kita ingin mencari sebarang kemurkaaan di situ juga lah `pasar'nya. Jangan biarkan kita sesat bersama kelalaian kita dan jangan kita `mabuk' bersama nafsu-nafsu kita. Biarlah yang tidur terus dikejutkan, biarlah yang lalai dan alpa terus diperingatkan, biarlah yang jahil terus diajar, biarlah yang kusut terus dileraikan.


Jangan kau marah jika doa-doa kau tak dikabulkan, jangan kau gundah gulana jika kau selalu direndung malang, jangan kau tanya pendapatan kau yang banyak selalu berkurangan (tak pernah cukup), jangan kau ratapi jika kau selalu mendapat kecelakaan dan kesukaran dan PERKATAAN YANG PALING PERLU DIRENUNGKAN..


JANGAN SESEKALI KAU TANYA APA YANG ALLAH DAH BERI PADA DIRI KAU, TANYALAH PADA DIRI SENDIRI SETIAP SAAT DAN SETIAP DETIK...APA YANG KAU DAH LAKUKAN DAN BERI PADA ALLAH' (melalui amalan-amalanmu)


Aku hanyalah penyair sepi...bermadah tanpa lagu, ilmuku tak setinggi mana tetapi sekadar cukup untuk memberi jawapan `di sana' nanti. Sekurang-kurangnya aku dah ada jawapannya daripada terkapai-kapai mencari jawapan. `Aku telah menyampaikannya dengan jelas' namun mereka semua semuanya bukan jahil tapi `fakir',mereka semuanya bukan tak pandai tapi `lalai' dan mereka semua bukannya tak beriman tapi mereka tenggelam sebelum sempat mengapainya. Biar mereka kata aku manusia picisan, pandai berkata tapi tak punya apa. Yang penting, setiap manusia adalah khalifah Allah di muka bumi ini dan mempunyai tanggungjawap untuk memberi peringatan. Manusia dinilai Berdasarkan ilmu dan amalnya ..punya ilmu tapi tak beramal...beranganlah ia sepanjang masa dengan teori-teori kosongnya. Beramal tapi tak punya ilmu, dikuatiri ia akan sesat selama-lamanya. Punya ilmu tetapi `dikuncinya' akan dilaknati di atas kebahilannya sendiri..


`Dia (Nabi Muhamad S.A.W) bermasam muka dan berpaling. Kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu, barangkali dia mahu membersihkan dirinya (daripada dosa-dosa dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu). ataupun dia ingin mendapatkan peringatan, supaya peringatan itu memberi menafaat kepadanya. Adapun orang yang merasakan dirinya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al Quran). Maka engkau melayaninya. Pada hal engkau tidak bersalah kalau dia tidak mahu membersihkan dirinya (daripada keingkaran). Adapun orang yang segera datang kepadamu. Dalam keadaan takut (melanggar perintah Allah. Maka engkau berlenggah-lenggah melayaninya. Jangan (bersikap) demikian itu, Sesungguhnya ayat-ayat Al Quran adalah suatu pengajaran dan peringatan (QS 'Abasa : 1 - 11)


- NUR IMAN -



About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

`ALLAH SENTIASA DEKAT DAN LEBIH DEKAT DARI URAT DI LEHERMU'

Saat ketika musibah datang melanda, saat ketika kau menebalkan diri kerana kekecewaan, saat ketika kau mendapat kegusaran, saat ketika kau cuba lari dari kekalutan, saat ketika kau dihambat penderitaan, saat ketika kau dihanyutkan kerungsingan....siapakah yang paling hampir denganmu?..Yang rapat mengelonsor pergi, yang jauh mangkin menjarakkan diri, yang sayang dah bilang benci, yang cantik dah nampak buruk, yang sabar dah tak tahan lagi, yang benci lebih menyakitkan hati, yang simpati hanya mampu menyabarkan diri. Di saat kau merintih hanya Dia yang Maha Mendengar (Al Sami'). Di saat kau bersedih hanya Dia yang Maha Melihat (Al Basir). Di saat kau susah hanya Dia Maha Melapangkan (Al Basith). Ketika kau susah Dia lah yang Maha Pemberi rezeki (Al Razzaq). Ketika kau tidak pandai Dia lah yang Maha Mengetahui (Al Alim) dan meninggikan darjat mu kerana Dialah yang Maha Meninggikan (Al Rafi'). Namun, kenapa kau semangkin jauh dengan Dia. Ketika kau senang kau lupakan diri-Nya dan menganggap seolah-olah Dia tidak wujud. Kau kejar nikmat dunia yang Dia sediakan namun kau tak pernah bersyukur di atas pemberiannya. Udara yang diberikan kau hirup dengan rakus, namun kau sedikit pun tidak pernah menggunakan nikmat itu dengn berzikir serta memuji nama-Nya. Malam yang dibentangkan oleh-Nya kau gunakan untuk tidur yang lena. Namun kau tak pernah untuk menggunakannya untuk mengingatinya dengan solat tahjud dan taubat yang mendamaikan. 7 lapisan langit yang luas serta awan yang melindungi kau dari matahari yang panas tidak sedikit pun menjadikan kau sebagai seorang pemikir malah menjadikan kau lebih kufur serta engkar. Rahmat hujan kau raih, rahmat embun kau sapu, rahmat matahari kau usik, rahmat bumi kau kebas...namun siapa Penciptanya kau lupa...manusia jenis apa kah kau ini?

Waktu kau susah, waktu kau sengsara, waktu kau derita, waktu kau sakit, waktu kau diambang maut, waktu kau tercari-cari, waktu kau teraba-raba, waktu kau ditinggalkan, waktu kau dipinggirkan....baru kau ingin mengenal nikmat yang telah lama kau abaikan...tidak malukah engkau merayu merintih, menanggis, meratapi serta berdoa di depan-Nya memohon suatu kelapangan diberikan sedangkan selama ini kau terlupa siapa Penciptamu. Walau pun Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang (Al Rahman, Al Rahim)...namun naluri manusia yang tidak mempunyai sifat-sifat Maha-Nya itu membilang satu perasaan yang jijik dan kotor tentang perilaku manusia yang lupa diri.

Jika kau terasa terasing, jika kau terasa terbuang, jika kau terasa teranaya, jika kau terasa terbiar, jika kau terasa derita, jika kau terasa sengsara...sesungguhnya hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui (Al Alim) dan Dia juga yang Maha Memelihara dan Melindung (Al Muhaimin), Maha Pembuka pintu rezeki (Al Razzaq) , Maha Meninggikan darjat (Al Rafi'), Maha Melapangkan (Al Basith), Maha Pemberi Kekuatan (Al Muqit), Maha Memperkenankan (Al Mujib), Maha Diperlukan (Al Shamad), Maha Penerima Taubat (Al Tawwab), Maha Pemaaf (Al 'Afuww) dan Dialah Raja segala Maha di dunia ini. Maka sentiasalah tunduk sujud serta berserah diri kepada-Nya, sesungguhnya Dia lah Raja segala langit dan bumi dan seluruh alam. Daripada Dia kita datang dan kepada Dia kita akan kembali...- Wallahualam - NUR IMAN


`(Ya Muhamad), Apabila hamba-hamba-Ku bertanya tentang diri-Ku maka (beritahu mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat dengannya (Malah lebih dekat dari urat dilehernya). Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mengikut perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran (QS Al Baqarah : 186)



About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

`ERTINYA SEBUAH KEMERDEKAAN'

Sahabat..Kau bilang MERDEKA bererti kebebasan, kau bilang merdeka bererti bebas dari belenggu penjajah, bebas dari pemikiran sempit dan kolot, bebas dari sifat takbur dan riak, bebas dari kemisikinan, bebas dari sifat dengki dan khianat, bebas dari sifat malas, bebas dari kongkongan `colonialist' moden, bebas dari ketaksuban akal dan bebas dari segala-gala jalan yang menyempitkan minda. Itu yang kau kata dan itu yang kau fikir....namun, pada hakikatnya adakah pembuktian itu diterjemaahkan dalam bentuk keputusan. Setakat cakap semua orang boleh cakap dan setakat suruh berbahas, semua orang boleh keluar idea. Buktikanlah hakikat yang sebenar-benarnya adakah kau benar-benar sudah bebas...

Aku mengerti dan aku memahami tentang bangsaku. Sudah 45 tahun aku hidup bersama mereka. Kalau orang kata bangsaku satu bangsa yang sudah lama tidur dan malas untuk bangun...ya aku setuju. kalau orang kata bangsaku banyak yang leka dan alpa...ya aku setuju. kalau orang kata bangsaku banyak bercakap dari berkerja...ya aku setuju. Kalau bangsaku banyak yang bijak pandai tapi hanya di atas kertas sahaja...ya aku setuju. Kalau bangsaku terlalu baik sehingga ada orang lain boleh menginjak-injak kepalanya...ya, aku boleh terima juga. Kalau orang kata bangsaku kuat membodek dan suka dibodek kemudian terus alpa...boleh juga diterima. Kalau bangsaku lebih banyak berpolitik dari membangunkan bangsaku dan dirinya sendiri...ya, aku lagi setuju kerana itu memang kepakarannya bangsaku. Jadi di mana erti kebebasan yang dilaung-laungkan, mana erti MERDEKA yang sebenar. Kalau berpolitik sekali pun lebih cenderung kepada untuk dijajah semula buat apa. Tidak mempunyai kesatuan yang nyata. Masing-masing mengakui atas nama satu bangsa namun menari mengikut citarasa yang berbeza. Mengaku memegang satu bendera ugama yang sama namun hakikatnya masing-masing mengakui dia lah `pewaris khalifah' yang sebenar-benarnya dan lebih khalifah dari khalifah yang lain, lebih Islam dari Islam yang lain buat apa. Siapa yang pekak dan siapa yang tuli, siapa yang buta dan siapa yang celek sebenarnya. Isu bangsa tidak lagi menjadi taruhan kerana kau menganggap Islam yang lebih utama...aku setuju namun kalau kau memperjuangkan Islam sebagai agenda di bumi yang kau anggap `merdeka' ini kenapa sifat dan peribadimu tak sedikit pun mengambarkan keislaman kau. Kau menggunakan lidah fasihmu dan mengutip kalimah suci dari Al Quran Nur Kareem sebagai senjata tajammu namun dalam masa yang sama kau menggunakan kata nista dan maki hamunmu sebagai bentengnya. Adakah ini peribadi seorang muslim yang merdeka. kau menghalalkan perbuatanmu bagi matalamat menghalalkan cara, adakah ini yang dikatakan merdeka. Kau hanya menjauhkan saudara-saudara islammu dengan perjuangmu yang kau kata `ikhlas' itu. Bagi mereka yang memperjuangkan bangsa sebagai agenda utama...aku pun setuju kerana bangsa kau bangsa yang majoritinya beragama Islam. Namun, kau pun jangan lupa agenda perjuangan utama kau. Melalaikan tanggungjawap serta melihat diri kau sebagai `kau' dan tidak melihat diri kau sebagai anak bangsa. Seandainya kau melihat diri kau sebagai `kau', kau akan melihat diri kau sebagai sebenar-benarnya `cow'..yang makan hanya untuk mengenyangkan diri `cow' sahaja. Sedangkan yang lain-lain kau biarkan ia kelaparan. Kau kena ingat wahai para sahabatku...Islam di negaraku yang tercinta kuat, bangsaku juga kuat. Bangsaku kuat, Islam di negara tercintaku kuat. Kerana, kedua-duanya seperti isi dengan kuku. Mungkin kau tak bersetuju dengan pandangan peribadiku ini kerana minda dan akal kau masih terjajah dengan ketaksuban pemikiran yang sempit. Kau masih tak faham agenda bangsaku. kalau kau ingin hidup di sebuah negara Islam, kau boleh pergi ke mana-mana negara di dunia ini kerana banyak negara Islam yang ada...akan tetapi kalau kau ingin hidup di negara yang milik asalnya milik bangsaku, negara Malaysia yang `ditadbir oleh melayu' yang mejoriti beragama Islam...ia tidak ada di mana-mana, di sini kasihku tertumpah negaraku MALAYSIA.

Ayoh...kuatkan imanmu, bersatu atas nama Islam dan Melayu, bangkitkan ekonomimu, biar kita menjadi kuat agar kita tidak dihambat oleh musuh-musuh Islam kita. Jangan kau sempitkan lagi pemikiranmu, jika kau benar-benar ingin mengikut jejak Rasulmu maka ikutlah setiap langkah dan jejaknya dari sudut spiritual dan ritual, sistem pentadbiran dan ekonominya sehingga zamannya menjadi zaman yang benar-benar `Hadari' (Cemerlang, Terbilang dan Gemilang). Rasul junjungan mengajar kita bahawa setiap orang mukmin itu adalah saudara (Teamwork), dan setiap doa kita, kita memohon hasanah di dunia dan akhirat. Muhamad Ya Rasullulah juga merupakan seorang peniaga yang hebat malah sahabat-sahabatnya juga merupakan orang-orang yang kaya raya dan ramai para Nabi-Nabi juga tergolong daripada orang yang kaya raya. Mereka bukan hendak mengejar harta namun harta itulah senjata tambahan selain dari taqwa dan iman yang boleh menghancurkan musuh-musuh Islam kita.

Shabatku..kita masih belum merdeka, kau dan aku masih belum merdeka. Selagi kau tidur tak jaga, selagi akalmu lena dek mimpi yang fantasi dan bukan realiti. Selagi belum tertegaknya panji-panji Islam sepenuhnya. Selagi para cerdik pandai hanya pandai `retorik' tapi tak berbuat apa, selagi ramainya sahabat-sahabatku `berserah' tanpa berusaha, selagi bangsaku suka dengki khianat tanpa hentinya, selagi bangsaku tidak boleh ditegur, selagi bangsaku masih mundur...KITA MASIH BELUM MERDEKA...kau layak menjadi mukmin yang hebat, kau layak mendapat kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat, kau layak untuk berjaya, kau layak untuk mendapat segala-galanya yang kau mahu..BERUSAHALAH, BERDOALAH dan BERSERAH kepada yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia lah Al Sami' Al Basir (Maha Mendengar dan Maha Melihat...ANDA BUAT ANDA DAPAT - NUR IMAN


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

`BERLALUNYA PAHLA RAMADAN'

Hari ini aku ingin bercerita lagi, biarlah ia menjadi lawak jenaka, biarlah ia menjadi `sampah' di mata, biarlah ia menjadi kudis di hati...aku tetap akan bercerita....Biarlah hanya matahari yang setia memberikan sinarnya ketika aku menulis, biarlah hanya bulan yang memberi surianya sebagai ilham untuk aku berseloka dan biarlah jika sekiranya hanya bumi sebagai hamparannya menemaniku untuk aku bersendaloka bercerita tentang kebesaran kejadian-Nya. Aku tetap reda kerana mereka juga makhluk Allah yang mempunyai mata hati dan telingga untuk melihat dan mendengar suara hatiku. Malah mereka lebih memahami dari manusia yang diciptakan cukup sempurna. Allah telah berfirman di dalam surah Al Shams 1 - 10 yang bermaksud: `Demi matahari dan sinarnya di pagi hari. Demi bulan apabila ia mengiringi. Demi siang apabila ia menampakkan diri. Demi malam apabila ia menutupi. Demi langit dan seluruh binaannya. Demi bumi dan segala hamparannya. Demi jiwa serta penyempurnaannya. Allah telah mengilhamkan sukma kefasikkan dan ketaqwaan. Beruntunglah mereka yang mensucikan hatinya dan Rugilah bagi yang mengotorinya'.

Cerita tentang pahala Ramadan yang berlalu tanpa menoleh, yang berjalan tetapi tak dapat dikejar, yang dekat tapi tak dapat digapai, yang cantik tapi tak dapat dipikat. Ini disebabkan oleh orang yang mengejar, orang yang ingin mengapai dan orang yang ingin memikat `cacat seluruh anggotanya'. Tidak melihat dengan mata hati kerana butanya ia dan melihat dengan mata nafsu kerana gelojohnya ia. Seharusnya puasa itu dapat menahan serta menundukkan satu makhluk yang dipanggil nafsu namun puasa lebih menjadikan seseorang itu lebih bernafsu, tidakkah itu dipanggil cacat. Sepatutnya puasa itu boleh mengawal sikap manusia dari bersikap cepat marah, memfitnah, beremosi, menjaga perilaku kerana kita diajar untuk menjaga mata, telingga, mulut malah yang paling penting hati...namun itu semualah yang `disongsangkan' serta dilanggarnya, bukankah itu dipanggil cacat. Kenapa kita jadikan bulan Ramadan sahaja bulan ibadah (berbuat baik) sedangkan bulan lain tidak, tidakkah itu dipanggil cacat. Kita berpuasa, berlapar, haus dalam seharian kerana berharapan ia akan mendapat keberkatan dan keredaan dari-Nya, namun pekara wajib lain seperti solat ditinggalkan...bukankah ia juga dipanggil cacat. Bulan Ramadan Al Mubarak sepatutnya digunakan masa yang teruang untuk berzikir, membaca Al Quraan, membaca buku-buku ilmiah dan sebagainya tetapi kenapa digunakan masa yang ada untuk berangan dan tidur yang lelap...tidakkah ia dipanggil cacat.

Terkadang kita terlupa dan terleka untuk `berbicara' dengan Maha Pencipta dengan sempurna kerana sebuknya kita. Maka, bulan Ramadan ini merupakan bulan yang paling mulia untuk kita menemui-Nya serta `berbicara' serta memuji-muji-Nya dengan sempurna. Memohon agar segala ibadat serta amalan kita diterima. Agar `suatu hari nanti' (Hari Pembalasan), pintu syurga terbuka seluas-luasnya untuk kita. Agar diberikan kepada kita buku `Illyyin' (buku catatan untuk amalan baik) ditangan kanan kita. Tidak juga ingin kita melihat `Sijjin' (buku amalan jahat) diberikan dari mana sudut sekali pun disekeliling kita. Kita juga mengharapkan agar `Tasnim' diberikan sebagai menyambut kehadiran kita dan akan tiba saat kerinduaan kita untuk duduk bersemuka dengan para `Kekasih' Allah yang lain terutama Nabi Junjungan kita ya Rasullulah. - NUR IMAN



About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

Thursday 23 August 2012

KEKECEWAAN HANYA MEMBUNUH

Semalam...aku melihat wajahnya suram, semalam aku melihat hatinya kelam, semalam aku melihat tiada langsung sinar pada wajahnya. Hatinya mungkin terguris, hatinya mungkin terhakis. Ilmu alam apakah yang kau beri padanya, ilmu alam apakah yang kau bisikkan kepadanya sehingga mereka terkeliru pada diri mereka sendiri. Di tepian senja dia menanggis sendiri, dilontarkan segala amarah pada alam yang sedikit pun tidak memahami. Si alam hanya mampu memerhati dan mengikat akal dalam kekeliruan dan persoalan. Kenapa manusia yang dikurniakan akal menjadi fakir dalam kesempurnaan, kenapa manusia diberikan emosi hanya digunakan untuk merosakkan diri sendiri dan kenapa manusia dianugerahkan spiritual tetapi tidak mahu memahami bahawa dia mempunyai Pencipta Yang Maha Besar lagi Maha Agong...Allahuakbar!!!!

Dia kata " hidup ini tiada ertinya lagi" Dia kata, "aku sudah tidak punya harga diri" Dia kata "kenapa nasib aku sentiasa malang begini" Dia kata " buruk sangat kah aku ini". Rintihan demi rintihan telah dicatat dalam satu lebaran. Kedukaan demi kedukaan telah dibentang kepada alam. Hanya satu jawapan yang sudah dipahat dalam fikiran iaitu satu `monolog' kematian. Si angin mula rasa sangsi lalu membisikkan suara hati, si laut datang menghampiri tanda simpati, si matahari memberi inspirasi cahaya diri, si bulan menghempiaskan cahaya kesamaran diri, si bumi menghamparkan permaidani, si langit sempat menjengah meredupkan diri, si pepohon tunduk tanda empati...lalu mereka berkata " Wahai makhluk Allah yang mulia, janganlah kau bersedih hati, kau merupakan makhluk ciptaan-Nya yang semulia-mulianya berbanding dengan kita. Malah segala malaikat pun turut tunduk di atas kemuliaanmu ya manusia. Janganlah kau mengikut bisikkan syaitan kerana syaitan amat sayangkan manusia yang suka meratapi dan menyesali akan sesuatu ketetapan yang telah ditentukan oleh-Nya. Teruskan hidupmu, kau bacalah warkah `Cinta' yang dikirimkan kepadamu oleh Tuhanmu, sesungguhnya Dia amat menyayangimu. Berusaha dan berkerja keras, berdoa, bersyukur, reda dan tawakal la kerana sesungguhnya Allah tahu apa yang tersemat di dalam hatimu. Dan, Allah Maha tahu akan apa yang akan ditentukan oleh-Nya. Jika kau terus mengingati-Nya maka Dia akan selalu hampir kepada Kau dan jika kau mengalpakan diri dari menyayangi-Nya maka sesatlah kau dengan jalanmu sendiri".


Hati yang kalut dan berserabut menjadi lembut, akal yang cetek menjadi dalam, jiwa yang kacau menjadi tenang, roh yang gelap menjadi terang. Maka disergahnya kepada alam yang membisikkan..."Hei alam...sampaikan salamku kepada Penciptaku dan sampaikan sayangku kepada Rasulku dan salam sejahtera kepada mu juga kerana menemaniku di kala duka". Si mentari terus pergi, si bulan menghilangkan diri, si laut juga mengiringi, si angin terus menyanyi, si pepohon tersenyum sendiri..."Ya Allah inikah nikmat kebahagian yang kau beri yang selama ini tidak pernah aku temui, Kau telah menghantar warkah cinta-Mu dengan Ayat-Ayat `Cinta'-Mu yang sungguh mendamaikan, namun tak pernah sekali pun aku membacanya. Kau mengirimkannya melalui seseorang yang mulia bergelar Muhamad, namun aku tak pernah mahu menerimanya serta memperdulikannya. Manusia jenis apakah aku ini? ".


Sekarang, aku dapat melihat `Nur Kasihnya' pada wajahnya. Suramnya tiada lagi, kelamnya telah lama pergi. Bahagiaku apabila melihat orang lain bahagia..Deritaku apabila melihat orang lain derita. Aku doakan agar kau terus bahagia dengan Warkah `Cinta' mu yang khusus di berikan oleh Penciptamu - Al Quran Nur Kareem .

MENGERTILAH SETIAP KESULITAN AKAN DISERTAI KEMUDAHAN


Ramai yang mengetahui tapi tidak mengikuti, ramai yang memahami tapi tidak seorang pun yang mengerti. Bagi yang derita, Allah la tempat untuk dia meratapi, merintih dan merayu...ketika itu, dia sering memuji `Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kepada Mu lah aku berserah dan kepada Mu la aku bersujud. Kau kabulkanlah permintaan hambaMu ini Ya Allah...' Maka tersusunlah ayat-ayat syahdu....merintih dan merayu agar segala kesukaran dipermudahkan. Namun ketika rahmat-Nya telah diberikan, suara rintihan makin kelam dan suram kedengaran, kealpaan dan kefakiran akal menguasai fikiran. Kejahilan kian jauh meninggalkan iman.

Terdapat juga jalan singkat menuju kebahagian. Allah dilupakan dan kalam Allah dipermainkan. Menurutnya dengan mengantung di dinding dan membaca Kalam-Nya dari surah Al Waqi'ah dan ayat seribu dinnar, rezeki akan datang melempah-lempah. Namun mereka sedikit pun tidak mengerti apa tah lagi memahami. Allah tidak akan menjanjikan sesuatu kepada mereka yang TIDAK bersyukur dan tunduk sujud berserah kepada-Nya (Berserah dan berdoa tanpa usaha) apatah lagi tidak berusaha. Allah hanya berjanji MEMPERMUDAHKAN permohonan bagi orang2 yang berusaha, berdoa dan ingat setiap waktu kepada-Nya. Kerana segala-galanya sudah menjadi HAK MUTLAK NYA terhadap hamba-hamba-Nya. Allah telah berjanji `Sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai kemudahan' (QS Al Shirah/Al Syarh 1-8 (Berlapang dada). Jangan hanya membaca ayat 6 sahaja dan bacalah hingga kepenghujungnya (ayat 7 dan 8) dari surah yang sama.


6. SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN

7. Apabila engkau TELAH SELESAI (daripada sesuatu amalan yang solleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau BERUSAHA.
8. Dengan kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya engkau berharap.

Wallahualam - NUR IMAN




About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

Tuesday 21 August 2012

SATU LAGI BERITA PENTING

ALHAMDULLILAH HARI INI MENDAPAT SATU LAGI `BERITA PENTING'

Setiap saat, setiap ketika...kita menantikan sesuatu berita yang boleh membuat jiwa kita bahagia. Kita sentiasa menantikan satu pesanan gelombang yang membuat kita ceria. Alangkah indahnya hidup ini jika setiap saat kita dihubungi oleh orang yang kita cinta, alangkah damainya jiwa ini jika setiap saat si dia bertanya akan kabar berita t
entang kita, alangkah deritanya jika sedetik pun panggilan tidak diterima dari si sang dipuja...lalu jiwa kita menjadi kacau dan dan hati kita bermadah prasangka. Berita apakah lagi yang paling membahagiakan jika orang yang tercinta sentiasa melontarkan kata cinta dan membariskan `ayat-ayat cinta'...kita tidak pernah sedikit pun rasa `rimas dan kacau' bila taman-taman cinta sentiasa berkembang dalam hati kita . Namun bila ada satu `BERITA PENTING' dari dari yang Maha Kuasa Ya Rahman Ya Rahim, ia seperti tak terkesan oleh kita.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdullilah, hari ini dapat penghayatan serta peringatan semula tentang `BERITA PENTING' (QS Al Naba' 1 - 40) yang Allah sampaikan kepada Muhamad ya Rasullulah untuk disampaikan kepada semua umat manusia. Walau hanya membaca satu surah, namun penghayatan serta pengertiannya benar-benar menusuk ke dalam hati. `Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?. Tentang berita yang besar (Berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasan). Yang mereka berselisihan mengenainya. Jangan sesekali-kali (mereka bersikap demikian), Mereka akan mengetahui (Dengan yakin akan kebenaran hari pembalasan itu).......'(39) Itulah hari yang pasti akan belaku, maka sesiapa pun yang inginkan kebaikan dirnya, nescaya dia mengambil jalan kembali kepada Tuhannya.

Setelah segala nikmat Allah kita kaut dengan rakus dan ganas...maka nikmat Allah yang mana satukah yang kita dustakan..



About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

JANGAN PEKAKKAN TELINGGA

Bagi yang melihat: mereka kata aku ini si pengembara yang ingin melihat dunia, mengutip apa sahaja yang ada di depan mata...sesungguhnya itu semua nikmat yang diberikan oleh-Nya. Bagi mereka yang buta: mereka kata aku ini jahil tak bertempat, memekik dan melolong memberitahu Si Luncai telah terjun dengan labu2 nya. Namun, mereka tidak tahu bahawa Si Luncai memang benar sudah terjun dengan Si labu2 nya. Pada siapa lagi aku harus bercerita sekiranya orang yang aku `kasihi' sendiri memekakkan telingga dan menutupkan mata, sedangkan orang yang kau anggap `ahli neraka' itu berpusu-pusu meminta aku terus berseloka....tidak kah pelik?...betul la juga bila Rasullulah bersabda dari wahyu (QS Nuh : 15 - 16) yang diterima 1400 tahun dahulu dengan mengatakan bahawa ozon itu ada tujuh lapisan, org mengatakan Baginda gila sedangkan pada hakikatnya abad ke 20 saintis moden mengakuinya. Begitu juga apabila Baginda bersabda dengan berkata bahawa langit dan bumi itu asalnya bercantum. Lalu dipisahkan oleh-Nya (Allah) diantara kedua-duanya...(QS Al Anbiya :30), mereka tidak percaya...namun bila saintis moden kata melalui teori `Big Bang'..semua manusia terlopong mengakuinya....memang sukar manusia yang sedikit ilmunya seperti aku ini menyampaikan sesuatu untuk kebaikan sejagat, bagaimana la agaknya penderitaan Rasullulah yg mendapat cobaan yang lagi hebat daripada aku yg mendapat bahangnya sahaja..Ambil la iktibar dari cerita Nabi Nuh yang membina bahtera dan kaumnya mempersenda mana ada `bah' akan datang melanda. Aku reda dan aku gembira kerana aku menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan dari mereka yang tidak menyampaikan..

INGATLAH bahawa HARI KIAMAT DAN HARI PERHITUNGAN ITU BENAR..`Beruntunglah bagi orang yang mensucikan jiwanya dan rugilah bagi orang yang mengotorinya (QS Al Shams : 8 - 10) - NUR IMAN

About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

PERINGATAN BIARPUN SEDIKIT


Jika kau memberatkan akalmu untuk mengingat-Nya, jika kau memendekkan jiwamu untuk bertemu dengan-Nya, jika kau terlupa roh mu hasil tiupan dari-Nya, jika kau melihat zuriatmu juga teralpa dari menghampiri-Nya....berdoalah barang seketika...kerana syaitan dan iblis tidak pernah mengenal darjat untuk diduga. Si jahil hanya perlu dibisik dan dijentik, si berilmu tapi terleka hanya perlu ditolak dan digeletik dan sang alim akan dihantar sang bijak di kalangan mereka. Bukankan syaitan dan iblis itu makhluk yang Maha Esa yang lebih bertakwa dikalangan kita sebelum kedatangan Adam dan Hawa. Pasti ilmu yg kita ada belum cukup menjadikan mereka (syaitan dan iblis) takut kepada kita kecuali jiwa dan raga, iman dan taqwa kita terlalu hampir kepada-Nya ya Ahad, Ya Malik Ya Al Quddus..Jangan kau fikir ilmu agamamu cukup kau telah menghidu harumnya syurga, malah kau akan hampir dengan neraka kerana kesombongan dgn membenarkan kemungkaran...biarlah jadi Si Jahil namun hatinya terlalu hampir dengan Pencipta-Nya Ya Al Muhaimin Ya Al Mutakabbir..


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

PENGHAYATAN RAMADHAN YANG TERPINGGIR

RAMADAN....Bulan menjinakkan nafsu dan bukan mengikut nafsu. Ramadan, bulan perjuangan memperkemaskan amalan dan bukan bulan mengatur barangan jualan dan pesta mencari keuntungan. Ramadan, bukan bulan mencari kelelapan fikiran ketika masa senggang tapi menajamkan fikiran dengan membaca Al-Quran Nur Kareem dan berzikir mengingat-Nya. Ramadan, bukan tempat memberi ruang syaitan dan Iblis beristirehat tetapi memberi ruang untuk manusia mengatur strategi melawannya ketika ketiadaanya. Ramadan melatih manusia menundukkan nafsu ketika ia berada dalam keadaan lesu...dan Ramadan juga memberi ruang kepada manusia untuk bermuhasabah diri dan mendisiplinkan diri...Gunakanlah bulan Ramadan sebagai bulan `Re-engineering process' bagi manusia yang ingin menguatkan tahap keimanan dan memperbaiki akhlak yang lebih baik dari hari semalam. - NUR IMAN


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

ORANG YANG BERSYUKUR

Aku tidak pernah meminggirkan-Nya kerana Dia aku bisa bernyawa. Aku tak pernah melupakan-Nya kerana aku selalu mengintai kalam-Nya. Aku tak pernah menghindarkan-Nya kerana setiap waktu aku berbicara dengan-Nya. Aku juga tak pernah merintih dan keluh kesah kerana aku tahu segalanya telah tertulis dengan rapi di `Loh Mahfuz-Nya'. Tika tiba aku derita...itulah rahmat untukku agar aku terus menghadapi cobaan-Nya. Tika tiba aku bahagia, aku menjadi takut kerana ia mungkin membuat aku lupa. Sedangkan kekasih-Nya Muhamad lagi diuji apatah lagi umatnya yang terkeji kerana kealpaannya. Kesabaran dari jatuh dan keinginan untuk bangkit agar aku tidak melupakan dunia dan tidak meminggirkan akhirat, menjadikan aku juara mencipta nama sebagai muslim rabbani dan Islam Hadari - NUR IMAN


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

JANGAN MUDAH TERTIPU OLEH CINTA

Bila kau telah merasai getaran cintanya, kau cubalah dengar bisikankannya dan hayatilah pengertiannya. Bila kau terima naskah cintanya, kau cuba perhalusi isi hatinya. Tidak guna kau terpaut dengan wajah cantiknya kerana ia mungkin akan menjadi racun yang amat berbisa. Lihatlah pada keikhlasan dan kesucian hatinya kerana ia sebenar-benar aliran yang nyaman dan mendamaikan dan boleh memaut ketenangan dalam pencarian. Kita mahu getaran yang berpanjangan, kita mahu keseimbangan dalam perhubungan, kita mahu kedamaian dalam percintaan. Jangan sesekali melihat serta merenung sesuatu yang tercantik dikejauhan kerana ia akan membuat kita keliru dalam penelitian. Lalu kita dakaplah apa yg ada dihadapan kerana ia sudah pasti di dalam genggaman. Jangan pula kau terlalu menoleh kebelakang kerana ia sudah menjadi kenangan. Cinta mu dan cinta dia tidak mungkin akan bersatu jika ada jurang prasangka yang memisahkan. Ketahuilah, air yang kau lihat dikejauhan padang pasir itu hanyalah ilusi yg menembusi pemikiranmu...yg nyata air setitik yang kau buang itu merupakan `rahmat' yg kau telah sia-siakan. - NUR IMAN


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

ANTARA YANG JAHIL DAN YANG BIJAK

Apalah gunanya air seluas lautan jika ia dibiarkan kaku dan mati terbiar, biarlah ia secetek aliran air terusan namun menjadi tempat membiak kehidupan yang membahagiakan. Apalah gunanya ilmu bergedung-gedung dalam diri kalian, sekiranya ia tidak dapat dimanfaatkan. Biarlah ia sedikit diperam semalaman namun ia masak ranum untuk disebar-sebarkan.

Jangan jadikan diri kalian hamba kepada kejahilan, yang mempunyai ilmu tetapi tidak pernah untuk mengamalkan. Biarlah ilmu itu sedikit tetapi ia boleh menjadi perisai kepada kemungkaran.

`SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT'





About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

CINTA HAKIKI DAN CINTA SEMENTARA

Apabila cinta tak berbalas..deritanya amat menyakitkan, apabila rindu tak bersaut..seksanya amat memeritkan, apabila berjauhan..kasihnya kian tak tertahan. Apabila kau merasakan cinta, rindu dan kasih kau terbiar dan terkulai...baru kau ingatkankan Tuhan...sedangkan cinta, rindu dan kasih kau selama ini kian berjauhan dengan Nya.. Tidak malukan kau merintih dan merayu pada Pencipta yang kau abaikan...Sesungguhnya cinta pada manusia, manusia akan pergi jua. Cinta kepada Maha Pencipta, Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Malik, Ya Kudus, Ya Salam...Ia kekal selama-lamanya. Kepadanya jualah kita akan kembali...






About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

DEMI MASA

Kenapa harus dihitung masa yang sudah pasti akan datang dan kenapa harus dinanti masa yang telah berlalu. Bukankah `LOH MAHFUZ' telah mencatat segalanya. Masa itu tidak penting kerana ia pasti bergerak 24 jam sehari tetapi cara menggunakan masa itu lebih penting kerana ia akan menentukan sama ada kita berada dalam kerugian atau kejayaan. Beruntunglah bagi orang yg mensucikannya dan rugilah bagi orang yg mengotorinya.


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

SIAPA YANG TERBAIK?

Suatu hara Nabi ditanya:`Siapakah orang yang terbaik?, nabi menjawab `orang2 mukmin yang baik akhlaknya (sikapnya). Siapa pula orang yang bijak? Nabi menjawap `orang yang sentiasa mengingati kematiannya'.

NOTA: Orang yang menjaga akhlaknya (menjaga perilaku, sikap dan mengawal emosinya) merupakan orang yang dapat melihat keindahan sesuatu kemurnian. Orang yang sentiasa mengingati kematian adalah orang yang ingin mencari kecemerlangan di dunia dan akhirat yang kekal...waallahhualam...- NUR IMAN


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

KELEBIHAN HARI JUMAAT

KELEBIHAN HARI JUMAAT: Wahyu pertama Allah kepada Nabi junjungan kita (QS Al-Alaq) telah diturunkan pada 6 Ogos 610M, Malam Jumaat: Sejarah kejadian manusia di mana Nabi Adam a.s telah dicipta pada hari Jumaat, dimasukan syurga pada hari Jumaat dan diampun serta dikeluarkan dari syurga pada hari Jumaat;Dalam hadis lain pula, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Jumaat
itu penghulu segala hari serta yang paling agung di sisi Allah dan adalah lebih agung di sisi Allah daripada Hari Raya Haji (korban) dan Hari Raya Puasa.", sbb itu Jumaat dipanggil penghulu segala hari, Ramadan penghulu segala bulan; 7 peristiwa pernikahan penting para Nabi dan khalifah dinikahkan pada hari Jumaat termasuk Nabi Adam a.s dengan Siti Hawa, Nabi Yusuf dan Zulaikha, Nabi Musa dan Shafrawa, Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis, Nabi Muhamad dan Siti Khadija, nabi Muhamad dan Siti Aisyah, Syaidina Ali dan Siti Fatimah.


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

JIKA KAU BERTANYA PASTI ADA JAWAPANNYA..

Apabila kau mula bertanya bagaimana alam semesta tercipta, jawapannya tetap ada:

`Apakah orang kafir itu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asalnya bercantum (sebagai satu benda yang padu). Lalu Kami pisahkan di antara kedua-duanya dan Kami jadikan daripada air, tiap-tiap benda hidup? Maka kenapa mereka tidak mahu beriman.(QS Al-Anbiya: 30)'

Apabila kau mula bertany
a bagaimana asal usul kejadian manusia, pasti kau akan menjawap hasil hubungan benih manusia (lelaki dan perempuan). Dan akhirnya dijejaki susulgalurnya hingga ke Adam dan Hawa, bagaimana mereka dijadikan..dan kau pasti menjawap dari tanah dan rusuk Adam..siapa yang menjadikan mereka..kau pasti ada jawapanya...Allah ya Ahad, Al Rahman, Al Rahim...Maka kenapa kau masih tak mahu beriman? Bagaiman kau dijadikan dari tiada kepada ada, begitulah jua dari ada kau akan ditiadakan...bukankah peringatan2 itu ada diperjelaskan secara terperinci di dalam Al-Quran...kenapa kau masih tak mahu beriman? - NUR IMAN -


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

Saturday 18 August 2012

JANGAN BERPALING MUKA

Bila sang hujan mula reda, sang pelangi mulai menjengah. Bila sang pelangi menebarkan warna, seluruh alam memujinya. Bila seluruh alam memujinya, mentari pun turut sama...namun akhirnya bila mentari menampakkan sinarnya, sang pelangi hilang entah ke mana...Allah tidak mengajar manusia membenci sesama insan walaupun dengan mereka yang jelek pada pandangan darjatnya (di mata manusia). Sesungguhnya manusia itu semua sama disisi-Nya, yang membezakan hanyalah iman dan taqwa - NUR IMAN -


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

PENGHINAAN TERHADAP MARUAH

RENUNGAN: Jika benar kau mengaku Allah itu wujud, kenapa kau tak pernah terfikir untuk menyembah-Nya. Jika benar kau mengaku Muhamad itu Rasulullah, kenapa begitu berat untuk kamu mengucapkan selawat ke atasnya dan mengikuti sunahnya. Jika benar kematian itu amat menakutkan dan menyakitkan, kenapa kau tidak pernah mencari bekalan untuk perjalanan ke arahnya. Jika benar syurga itu tempat idaman, kenapa susah sangat untuk kau memohon, merintih dan berdoa selepas solat untuk mendapatkannya. jika benar `neraka' itu tempat amat menakutkan, kenapa begitu beria-ia sangat kau untuk mendudukinya dengan melanggar semua perintah-Nya. Jika benar kau mengaku Islam, kenapa kau cacatkan keislaman kau dengan mengikuti perbuatan dan amalan orang kafir. Nama mu sahaja (Nama Islam) tidak cukup untuk menjadikan kau Islam..Islam kau Islam keturunan sbb emak bapak kau Islam. Oleh itu juga belum memadai untuk menjadikan emak bapak kau Islam disebabkan datuk dan nenek kau Islam SEHINGGA mereka dan juga kita mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Oleh itu jika kau benar2 mengaku kau Islam dan ingin menikmati kehidupan yang kekal selama-lamanya (di akhirat) dalam `Firdaus-Nya', jadilah Islam bukan Islam keturunan tetapi Islam yneg beriman berdasarkan amalan dan perbuatan. - NUR IMAN -

About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

HADIAH YANG TERBUANG

Aku dapat merasakan betapa aku ini hadiah dari sebuah percintaan yang teragong, aku juga dapat merasakan bahawa aku ini lahir dari hubungan cinta yang terbentuk dari asmara dua manusia yang telah `ditakdirkan' untuk bersama. Namun aku tidak tahu sama ada aku ini dilahirkah hasil dari percantuman `iman' dua insan yang sedang bertahjud. Atau...aku dilahirkan hasil percintaan `nafsu' binatang yang bertenggek di atas bahu syaitan. `Ibu' ku kata cintanya pada `ayah' sederas lautan sewangi haruman dan `ayah' ku kata pula, ibuku wanita ciptaan untuknya yang ditakdirkan seperti Hawa untuk Adam. Ibuku mudah tenggelam kerana beratnya cintanya dan ayahku pula pandai menyulam kerana puitis madahnya. Aku amat bahagia kerana aku akan lahir hasil dari hubungan melankolik dua insan ciptaan Tuhan. Katanya aku adalah anugerah perkongsian cinta agong mereka yang akan dibelai.

Baru aku tahu dan baru aku faham, fantasi itu benar-benar ilusi yang menghayalkan. Cinta ibuku rupa-rupanya berlandaskan nafsu dan palsu. Ayahku pula sengaja meletakkan dirinya di dalam kelompok haiwan. Watak Hawa untuk Adam dibenarkan bagi `menghalalkan' perbuatan. Mana janji mereka untuk membelai dan memberi kasih sayang kepada aku, mana janji mereka untuk memeluk dan mencium ketika kelahiran aku. Belum pun ku dengar gemersik bisikan azan ketelingga aku, mereka telah mencampakkan aku kesatu tempat yang paling hina yang tidak dilakukan oleh makhluk lain termasuk binatang ciptaan Tuhan. Walaupun aku tahu aku lahir dari hubungan `haram' mereka, namun aku ini benih hasil cinta mereka dan layak untuk menatap wajah mereka. Kau jadikan aku seperti barang kajian, selepas kau buat aku dibuang. Tidakkah kau memahami dan mengerti bahawa kau lahir dari anak yang halal..kenapa kau melahirkan aku sebagai anak yang haram dan kemudian kau jadikan aku sebagai mangsa kekejianmu sendiri. Di sini kau campakkan aku dan aku pasti syurga adalah tempat aku sedangkan kau masih terawang-awang melihat kekaburan syurga dan melihat jelas pintu neraka. Ketika `di sana' nanti jangan sesekali kau lambai aku, jangan kau panggil aku malah aku akan membantu para Malaikat mengheret serta mencampakkan mu berdua ke lubang-lubang neraka yang penuh dengan lahar yang amat panas dan tak terbayang oleh mu. Ketika itu juga jangan kau sesekali sebut namaku kerana aku malu mempunyai ibu dan ayah seperti mu dan kau memang layak diperlakukan begitu....- NUR IMAN -

`Dan apabila bayi-bayi perempuan ditanam hidup-hidup ditanya. Apakah dosanya (sehingga) dia dibunuh. Dan apabila catatan amalan dibentangkan. Dan apabila langit dilenyapkan. Dan apabila neraka dinyalakan (untuk orang-orang yg engkar). Dan apabila syurga didekatkan (untuk org-orang yang beriman). Maka setiap diri akan tahu apa yang telah dikerjakannya.' (QS Al Takwir (Penggulungan Matahari) : 



About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

HARAPAN YANG DIMUNGKARI

Ingin melihat anak bersikap jujur tapi kita sering bercakap bohong. Ingin melihat anak sentiasa bersikap merendah diri kita sering berlaku riak tak takbur. Meminta anak sentiasa meghormati orang lain dan bersikap sopan tapi kita sering bersikap kurang ajar dan menyombong diri. Berdoa agar rumah tangga aman bahagia tetapi seringan bertengkar dengan pasangan kita dihadapan anak-anak. Ingin anak-anak mengawal emosi tapi kita sering melenting apabila ditegur. Meminta anak2 menjadi orang yang pandai bila dewasa nanti tetapi kita sedikit pun tidak pernah mengajar. Mengharapkan pasangan kita dan anak2 menjadi insan yang soleh/solehah agar bila kita mati nanti akan mendapat doa2 anak yang soleh tapi kita sendiri tak pernah membentangkan sejadah untuk diri kita. Meminta anak2 rajin membaca tetapi kita sendiri pun tak pernah mengamalkan minat membaca. Meminta anak2 jangan minum arak dan merokok bila dewasa nanti tapi kita sendiri tak pernah lekang dengan benda HARAM tu...so, bagaimana nak jadi contoh yang baik bagi anak2. `Walk The Talk' - NUR IMAN -


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

HARI PENUH PERINGATAN

Jika ditakdirkan hari ini merupakan hari muram dan tak bermaya bagi kita, ingatlah ia satu ujian yang harus diterima kerana semalam kita sudah puas ketawa. Jika ditakdirkan hari ini merupakan hari yang terhebat buat kita..beringatlah mungkin esok kita akan diuji oleh-Nya...hanya bagi mereka yang bertaqwa memahami dan mereka yang beriman berani menghadapinya...ikhlas, reda, berusaha, berserah dan berdoa agar kita terus menjadi manusia yang cemerlang di dunia dan di akhirat. - NUR IMAN -



About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

"SAHABAT" YANG DILUPAI

Kita sering terlupa dua `sahabat' yang mengikut kita kemana-mana sebagai teman manusia...jika kita boleh berbicara bersama mereka , pasti mereka akan membisikkan ke telinga kita akan sesuatu pekara mungkar yang sedang kita lakukan dan pekara baik yang sedang kita lakukan...Rakib dan Atid sentiasa mencatat amalan dan kita perlu menjaga amalan...mereka sentiasa bersama kita walau kemana sahaja kita berada...-NUR IMAN-



About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

Friday 17 August 2012

JIKA ESOK DITAKDIRKAN HARI TERAKHIRMU

Jika esok ditakdirkan hari terakhirmu..pasti kau lupa akan nikmat dunia yang sedang kau kejar saat kini...Setiap saat jika kau memikirkan tentang matimu yang akan berlaku sebentar lagi...pasti kau terfikir akan amalan serta solatmu yang belum kau kerjakan sekarang ini...Ya Allah janganlah kau cabut nyawa ini disaat aku belum mengerjakan solat ku.. -NUR IMAN-




About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

AMANAT YANG DILUPAI

“wahai umat manusia sekiranya ada di antara kamu yang memuja Nabi Muhamad, katakan padanya bahawa baginda telah wafat dan bagi mereka yang menyembah Allah,
katakan bahawa Allah itu wujud dan akan kekal selama-lamanya. (Pesan Syaidina Abu Bakar Al Sidiq ketika mengumumkan kewafatan Nabi Muhamad)


Kecantikan dan kesempurnaan dalam hidup hanya sementara - cinta kepada Allah sahaja yang akan berkekalan selama-lamanya. Kehidupan sebagaimanakah yang kita cari selama ini..selepas kematian kesemua `cinta' telah kita tinggalkan. Yang ada `bukti serta pengorbanan cinta' yang akan dituntut di sana nanti...carilah `cinta' untuk menemani perjalanan kita ke sana nanti..lihatlah gambaran kekasih dunia kita ini ketika tua (gambar) ~NUR IMAN~


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

CINTA YANG TERCEMAR

Cinta itu dikatakan suci..kenapa dicemari dengan kekotoran yang melata..dicampukan dengan najis2 dosa ketika bersama (dating)..Cinta dikatakan perlukan pengorbanan, kenapa perlu disalahtafsirkan pengorbanan itu dengan kelahiran anak luar nikah sebagai pembuktian `pengorbanan' yang salah. Cinta dikatakan lahir dari kasih sayang, kenapa perlu diracuni dengan dengan `janji manis dan sentuhan bukan muhrim' yg palsu yg menjurus kpd kemunafikan. Cinta itu dikatakan luhur dan boleh membawa kepada pembinaan `sebuah masjid', tetapi kenapa digunakan bahan2 yg kotor untuk mendirikannya. Cinta itu satu adunan..kita jualah yang menciptakannya sama ada utk satu kehancuran atau kebahagian. - NUR IMAN -



About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

CINTA ITU BENAR BAGI MEREKA YANG MEMAHAMI FADILATNYA

Berkasihlah pada mereka yang bercakap benar, bercintalah kepada mereka yang mencintai-Nya melebihi cintanya kepada kita. Sesungguhnya mereka ini lah yg sebenar-benarnya manusia yg bergelar `kekasih'. kerana cintanya membawa kita kejalan-Nya, kerana kasihnya akan membawa kita ke syurga Firdaus-Nya dan bukan ke menuruti nafsu syaitannya. - NUR IMAN -



About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact