Salahkah aku mencintai laut?, kalau tidak salah…mengapa ombak
menghempaskan aku ke pantai?. Salahkah aku memuji ombak..? kalau tidak
salah..mengapa sang camar mengejek aku lalu memalingkan mukanya dengan
berkata `manusia yang tak sedar diri’. Hatiku milik-Nya, jiwa ku
ciptaan-Nya. Segala naluriku adalah tiupan bisikan roh yang telah
direncanakan oleh-Nya. Aku tak mampu menolak dan aku tak mampu menghalang…apa tah lagi melemparkannya
jauh-jauh agar ia tidak menghambatku lagi. Aku hanya manusia dan jangan
salahkan aku sesekali di atas perasaan ini. Aku tidak pernah meminta
agar `dia’ hadir dalam hidupku, aku juga tidak pernah meminta agar hati
ini dapat menyayanginya…entah mengapa dan kenapa…entah di mana dan
bagaimana…entah apa silapnya…segala-gala sudah ketentuan-Nya. Tetiba
perasaan ini dapat merasai satu nikmat kasih sayang pemberian-Nya,
menyayangi dan ingin disayangi. Yang Maha kuasa yang memiliki
segala-galanya…Dia tahu apa yang dibisikan dihati kita. Ya Rahman Ya
Rahim..Kau telah menguji ku dengan dugaan yang amat sukar untuk aku
hadapi, Kau hanya kurniakan aku satu ujian yang amat kecil jika
dibandingkan ujian yang kau berikan kepada kekasih-Mu Nabi Ayub…namun
aku benar2 tidak dapat menghadapinya sebagaimana Ayub A.S
menanggungnya.
Ya Allah…sesungguhnya hamba-Mu dapat merasai
serta memahami bahawa se nya perjalanan serta pengembaraan perasaan ini
tidak akan sampai ke penghujungnya. Biarlah `sayang’ nya datang sekejap
cuma bagai merangkul kasih ayah kepada anaknya, bagaikan mendakap
abang kepada adiknya, bagai belaian ibu kepada bayinya…bagai kucupan
`kekasih’ yang tak dapat mengapai tangannya..aku pasrah, diri ini sudah
jauh meninggalkan zamannya….hanya yang tinggal bait-bait cinta muda
yang sudah lama terbiar di kamar yang terbiar..aku memang tak layak untuk
menyayangi’ dia. Biarlah…aku lebih selesa begini , membiarkan kasih
sayang aku merayau sendiri. Mencari kasihnya kepada yang dia suka,
mencari cintanya kepada yang dia rindu. Jika apa yang sudah tertulis
menjadi suratan..aku rela menjadi pokok yang melindungi dahan, menjadi
mentari yang memberi sinar,menjadi bumi sebagai hamparan sebagai bakti
memberi kebahagian kepada mereka yang memerlukan. Namun, jangan salahkan aku bila ada cinta yang merayap datang kerana cinta yang ada terbiar melata bagai tak bertuan.
NUR IMAN..catatan dari manusia yang bergelut dengan perasaan
About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact
No comments:
Post a Comment