Bila kau telah merasai getaran cintanya, kau
cubalah dengar bisikankannya dan hayatilah pengertiannya. Bila kau
terima naskah cintanya, kau cuba perhalusi isi hatinya. Tidak guna kau
terpaut dengan wajah cantiknya kerana ia mungkin akan menjadi racun yang
amat berbisa. Lihatlah pada keikhlasan dan kesucian hatinya kerana ia
sebenar-benar aliran yang nyaman dan mendamaikan dan boleh memaut ketenangan
dalam pencarian. Kita mahu getaran yang berpanjangan, kita mahu
keseimbangan dalam perhubungan, kita mahu kedamaian dalam percintaan.
Jangan sesekali melihat serta merenung sesuatu yang tercantik dikejauhan
kerana ia akan membuat kita keliru dalam penelitian. Lalu kita
dakaplah apa yg ada dihadapan kerana ia sudah pasti di dalam genggaman.
Jangan pula kau terlalu menoleh kebelakang kerana ia sudah menjadi
kenangan. Cinta mu dan cinta dia tidak mungkin akan bersatu jika ada
jurang prasangka yang memisahkan. Ketahuilah, air yang kau lihat
dikejauhan padang pasir itu hanyalah ilusi yg menembusi pemikiranmu...yg
nyata air setitik yang kau buang itu merupakan `rahmat' yg kau telah
sia-siakan. - NUR IMAN
About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact
About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact
No comments:
Post a Comment