Friday, 17 August 2012

JALAN KESYURGA ITU DEKAT

Seandainya manusia dapat memikirkan dengan jelas dgn hati yang ikhlas, bahawa jalan menuju kesyurga sebenarnya terbentang luas. Ketika mata terbuka dari jaga sehinggalah mata terpejam lena...selagi ada Iman, selagi ada Islam dan selagi ada Ehsan (Takut akan Allah dan apa sahaja kita lakuka Allah akan melihat perbuatan dan amalan kita) kita tak akan tersesat dari jalan-Nya. Tutur kata menjadi penanda, amalan ditempat kerja juga diambil kira, taat kepada suami sudah menjadi kemestiannya, tidak menyakiti org lain akan menjadikan syaitan menanggis dan menderita, pergaulan sentiasa dijaga dan disayang, perihatin terhadap kedua org tua sudah menjadi jaminan-Nya. `Firdaus' Nya akan menanti kehadiran kita bagi mereka yg jaga dari kelalaian dan kealpaan mereka. INGAT...hidup kita hanya sebentar cuma..bayangkan jika esok kita dipanggil oleh-Nya.  Jalan ke syurga itu dekat bagi mereka yang memahami dan jauh bagi mereka yang tak mengerti

No comments:

Post a Comment