Jika kau memberatkan akalmu untuk
mengingat-Nya, jika kau memendekkan jiwamu untuk bertemu dengan-Nya,
jika kau terlupa roh mu hasil tiupan dari-Nya, jika kau melihat zuriatmu
juga teralpa dari menghampiri-Nya....berdoal ah
barang seketika...kerana syaitan dan iblis tidak pernah mengenal darjat
untuk diduga. Si jahil hanya perlu dibisik dan dijentik, si berilmu
tapi terleka hanya perlu ditolak dan digeletik dan sang alim akan dihantar sang bijak di kalangan mereka.
Bukankan syaitan dan iblis itu makhluk yang Maha Esa yang lebih bertakwa
dikalangan kita sebelum kedatangan Adam dan Hawa. Pasti ilmu yg kita
ada belum cukup menjadikan mereka (syaitan dan iblis) takut kepada kita
kecuali jiwa dan raga, iman dan taqwa kita terlalu hampir kepada-Nya ya
Ahad, Ya Malik Ya Al Quddus..Jangan kau fikir ilmu agamamu cukup kau
telah menghidu harumnya syurga, malah kau akan hampir dengan neraka
kerana kesombongan dgn membenarkan kemungkaran...biarlah jadi Si Jahil
namun hatinya terlalu hampir dengan Pencipta-Nya Ya Al Muhaimin Ya Al
Mutakabbir..
About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact
About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact
No comments:
Post a Comment