Ramai yang mengetahui tapi tidak mengikuti,
ramai yang memahami tapi tidak seorang pun yang mengerti. Bagi yang
derita, Allah la tempat untuk dia meratapi, merintih dan merayu...ketika
itu, dia sering memuji `Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Pengasih dan Maha Penyayang. Kepada Mu lah aku berserah dan kepada Mu
la aku bersujud. Kau kabulkanlah permintaan hambaMu ini Ya Allah...'
Maka tersusunlah ayat-ayat
syahdu....merintih dan merayu agar segala kesukaran dipermudahkan.
Namun ketika rahmat-Nya telah diberikan, suara rintihan makin kelam dan
suram kedengaran, kealpaan dan kefakiran akal menguasai fikiran.
Kejahilan kian jauh meninggalkan iman.
Terdapat juga jalan singkat menuju kebahagian. Allah dilupakan dan kalam Allah dipermainkan. Menurutnya dengan mengantung di dinding dan membaca Kalam-Nya dari surah Al Waqi'ah dan ayat seribu dinnar, rezeki akan datang melempah-lempah. Namun mereka sedikit pun tidak mengerti apa tah lagi memahami. Allah tidak akan menjanjikan sesuatu kepada mereka yang TIDAK bersyukur dan tunduk sujud berserah kepada-Nya (Berserah dan berdoa tanpa usaha) apatah lagi tidak berusaha. Allah hanya berjanji MEMPERMUDAHKAN permohonan bagi orang2 yang berusaha, berdoa dan ingat setiap waktu kepada-Nya. Kerana segala-galanya sudah menjadi HAK MUTLAK NYA terhadap hamba-hamba-Nya. Allah telah berjanji `Sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai kemudahan' (QS Al Shirah/Al Syarh 1-8 (Berlapang dada). Jangan hanya membaca ayat 6 sahaja dan bacalah hingga kepenghujungnya (ayat 7 dan 8) dari surah yang sama.
6. SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN
7. Apabila engkau TELAH SELESAI (daripada sesuatu amalan yang solleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau BERUSAHA.
8. Dengan kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya engkau berharap.
Wallahualam - NUR IMAN
About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

No comments:
Post a Comment