Mengapa harus menganas, mengapa harus menbuas..adakah si camar
mengejekmu, adakah si angin membencimu, adakah si mentari
membakarmu...kalau tidak kenapa ombak harus mengganas. Tidakkah kau
kasihan pada sang pantai, yang tidak tahu menahu dan menjadi mangsa
pukulan ombaknya. Berulang kali diberitahu, jika kau sudah ketemu angin yang
mendayu sebagai sahabatmu...beritahulah kepada sekian
alam bahawa kau sedang memujanya. Janganlah kau melepaskan amarah kau
pada bumi kerana ia tidak mempunyai dosa yang melata dan janganlah kau buat derhaka
pada sang laut yang telah banyak memberi jasa. Mereka bisa mengerti
perasaanmu yang sering kacau dek pelabagai pekara. Jika kau marah
kepada aku, aku bisa memahaminya. Akan tetapi jika kau marah pada sang
petir kerana halilintarnya, janganlah kau membaca mentera memohon agar
hujan tidak turun berkala. Bukankan perasaan marah itu boleh dibendung
dengan zikirullah dan beristifar. Bukankah nafsu itu boleh dilemahkan dek
dengan membasahkan anggotamu dengan air wuduk dan solat yang tenang.
Aku tidak dapat menzahirkan apa yang lahir , aku tidak dapat memahami
apa yang tersirat dan aku mungkin alpa terhadap apa yang terlukis di dalam hatimu. Fahamilah bahawa aku tidak pernah
memaksa dan menyeksa malah aku ingin melihat kebahagian manusia melebihi
kebahagian aku sendiri. Jika ditakdirkan `kehadiran' musafir ini
merupakan satu beban di dalam catatan sejarah hidupmu, kau simpangkanlah dan palingkanlah mukamu agar
tidak dapat melihatnya. namun aku pasti wangiannya berada di
merata-rata agar dapat kau hidu baunya, agar kau dapat cium
wangiannya. Maka ketika itu kehadirannya dapat kau rasakan dan
kepergiannya amat kau rindukan. Kau tidak dapat lari dari kenyataan
bahawa musafir juga mempunyai perasaan. Dia juga seperti manusia lain
yang mempunyai hati yang mudah menyentuh dan disentuh. Musafir juga
terkadang sesat haluan mencari padoman, kerana ilmunya masih secubit
cuma dan tidak sebesar setitis embun pun. Akan tetapi jiwanya halus,
kasihnya tenang. Keikhlasannya tidak boleh didagang, kesuciannya tidak
boleh disental. Ia akan tetap kekal sebagai manusia yang ingin mencari
jalan pulang.
Berterus teranglah agar musafir tidak terkilan.
Jangan biarkan musafir teraba-raba mencari jalan pulang. Maafkan aku
sekiranya persingahan aku sebagai musafir membawa bencana dalam hidup
kalian. Biarlah aku teruskan kembara ku ke destinasi seterusnya...pasti
aku temui sesuatu yang berharga di sana. Sesungguhnya kau pasti akan menyusuri kembaraku setelah kau tidak lagi melihat kebahagiaan dalam hidup mu sendiri.