Friday, 17 August 2012

HASIL TAK AKAN LUPA PADA ACUAN

DULU: Kita sering memberontak, cakap emak/bapak...emmm semua tak mahu dengar. Apa yg dilarang..itulah yang dibuat. Masa muda remaja, ikut nafsu berpeleseran dengan `jantan' atau `betina' yg menyumbang kepada dosa-dosa yang tak terkira..last-last  kawin dgn org lain..kalau suami/isteri tahu `sejarah' kita..emmm tak tahu la. SEKARANG : kita dah jadi emak/bapak..anak-anak buat perangai kita `dulu' kita marah..kita kata "apa nak jadi dgn kau orang ni, kau jangan buat malu dgn emak/bapak"..so, kenapa marah? perangai siapa tu? pusingan hidup ini tak akan pernah habis..cucu cicit akan ikut juga...so sapa nak disalahkan dalam hal ini?.

RENUNGAN: Jaga akhlak jaga amalan...supaya ia tidak menjadi ikutan generasi kita masa hadapan. Anak itu ibarat kain putih, Ibu bapalah yang mencorak sama ada anak kita menjadi anak yang soleh/ah atau nasrani atau majusi. W'alam..- NUR IMAN -




About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact
 

BERISTIFAR DAN BERZIKIR ITU PENENANG

Hari ini mungkin ada di antara orang yang kita kenali, bos, rakan sekerja, isteri, suami dan anak2 yang membuat kita marah...banyakkan  beristifar...sesungguhnya syaitan dan iblis sentiasa membisikkan sesuatu ketelingga kita untuk membawa kerosakan dan menambahkan amarah bissu kita.. - NUR IMAN -












About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

PERCAYALAH LELAKI JUGA BISA MENANGGIS

PERCAYALAH LELAKI JUGA BISA MENANGGIS: Walaupun nampak hebat dan bergaya, jiwa kental bagaikan saka, tubuh sasa bagaikan `Aduka' panglima perkasa...namun di hati kecilnya ia ingin dibelai bagaikan bayi yang merenggek kehausan. Hati kecilnya amat halus sehalus tenunan kain sutera...jiwanya perlu dibaja agar kekal subur cintanya. Tidak beralih arah ia kepada yang lain asalkan `kunci hatinya' sentiasa dijaga. Apalah salahnya menjadi lelaki...kerana nila setitik susu sebelangga habis dibuang, kerana kesilapan orang lain kepercayaan untuk lelaki semuanya dituang..sesungguhnya tidak ada lelaki jika tida ada perempuan dan tidak ada perempuan jika lelaki dibuang. Sesungguhnya sudah menjadi ketentuan, Allah mencipta makhluknya berpasang-pasangan...CINTAILAH SUAMI DAN JAGALAH SEMAMPUNYA DAN SEBAIK-BAIKNYA..jangan ada curang antara kita, sesungguhnya syurga ada di depan mata. - NUR IMAN - 


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

TITIK PERSAMAAN YANG TIDAK DIFAHAMI

PASTI ADA TITIK PERSAMAAN...ketika cinta sedang membara, mereka kata `cinta itu ibarat dua hati satu perasaan, dua jantung satu debaran'. Namun apa bila dua titik perbezaan itu jauh memisahkan mereka...kenapa mesti ada rasa benci yg membara? sehingga memisahkan satu perasaan dan satu debaran. Walhal waktu di `kamar cinta' jiwa sentiasa pasrah menanti bahagia.
 

Ikatan yg bahagia dan rasa cinta akan sentiasa tercerna dan menjalar di dalam jiwa kita asalkan kita dan pasangan kita sentiasa mengakui kelemahan yg ada. Apabila adanya perasaan egois dan sifat amarah bissu yg membara, maka roh cinta akan pergi meninggalkan kita. Yang ada cuma perasaan kebencian yg subur tumbuh melata...ketika itu titik persamaan akan hancur luruh tak berbaja..- NUR IMAN -


About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

PENGORBANAN YANG TERPINGGIR

KEMPEN CINTAI SUAMI/ISTERI
Tataplah wajah isteri/suami kita ketika ia sedang tidur lena, berilah pandangan dan renungan cinta yang membahagiakan. Jika kita dapat melihat kesuciannya, jika kita dapat renungkan pengorbananya, jika kita dapat melihat seribu kebaikkannya, jika kita dapat merungkai segala naluri murninya...pasti kita tidak akan melihat walau sekedip pun cantiknya cinta orang lain di hati kita selain dari suami/isteri kita. - NUR IMAN -




About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

PENCARIAN BERMAKNA

RENUNGAN: Apabila kita mengejar dunia, dunia belum tentu dapat dan akhirat akan jauh meninggalkan kita (disebabkan kesebukkan kita mencari kekayaan), apabila kita mengejar akhirat (beramal dan berkerja mengikut suruhannya..dapat membezakan antara halal dan haram)...insyallah akhirat kita dapat dan dunia akan mengejar kita atas keberkatan dan kenikmatan yang diberikan oleh-Nya...waallahhualam. - NUR IMAN -





About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact

CINTA YANG TERPINGGIR

Jika raut wajah menjadi ukuran, jika susuk tubuh yg cantik menjadi igauan, jika `ayat-ayat cinta' yg tersusun rapi menjadi sentuhan, jika wang ringgit menjadi pertaruhan, jika gambar-gambarnya yang sering didambakan (rindu), jika setiap detik dan saat yg dinantikan untuk pertemuan...kita sebenarnya merindui kelalaian melebihi cinta kita kepada-Nya. Cinta yg sejati hanya kepada-Nya dan bukan kepada sesama manusia. Jika kau kutip cinta berdasarkan perkara di atas semata-mata, perjalanan bahteramu mungkin akan bergelora di mana-mana. Jika kau kutip cinta berdasarkan kalam-kalam-Nya dan sunah pesuruhnya (Muhamad Rasullulah), bahtera yg kau bawa akan selamat sampai ke penghujungnya sebagaimana Nabi Noh mengheret orang2 yg bertaqwa kpd Allah dan percaya kepada ajarannya. 

~NUR IMAN ~

`Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan dan Allah akan membiarkan dia sesat berdasarkan ilmunya (QS Al-Jasiat; 23)

`Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhan dan menahan diri daripada keinginan nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (QS An-Naazi’aat; 40-41)



About Author I Motivation Talks I Articals I Photos & Activities I Other Links I Contact